Pendaftaran Pelajar Baru UiTM Kelantan Intake Julai - November 2010

Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera...

Sabtu ini, bising, bingit.....terasa riuh tak seperti sabtu-sbtu yang lepas...


Dicelah-celah tingkap rumah aku melihat... Dari jauh aku nampak berduyun-duyun orang ramai memenuhi ruang UiTM Kelantan.. Motosikal tak ada, kalau tidak boleh sama join pesta menyambut kedatangan pelajar-pelajar baru yang medaftar hari ni.

Memang meriah pendaftaran kali ni.  Pelunjuran jumlah pelajar yang mendaftara telah meningkat kepada 2000 pelajar menyebabkan kepala agak pening sikit.

Untuk yang mendaftar dan melapordiri hari ni, aku ucapkan tahniah! Selamat menuju kepuncak kejayaan dan bersabar dengan perubahan/peralihan zaman remaja yang lebih mecabar dari biasa...

Malam ni ada taklimat pendaftaran untuk pendaftara akademik esok.  Taklimat ini bertujuan khusus bagi memudahkan dan melancarkan lagi proses pendaftaran esok.... Semoga semuanya berjalan dengan lancar...amin......

p/s: Gambar linkin park ni hanya sekadar hiasan jer...cuma nak ingatkan kepada pelajar-pelajar baru, masuk univerisiti bukannya bermakna korang bebas dan boleh enjoy sebab dah berjaya so... boleh buat apa sahaja...tapi it's time to prove that you're the best among the best.... "What you've done before".. selamat menjadi warga negara uitm...ini lah hukuman korang kerana telah mendapat keputusan cemerlang dalam SPM, so korang kena belajar disini.....

umpama mimpi dalam mimpi

UiTM Kelantan: Tawaran Hebat.."BUDGET HOSTEL" Hanya untuk Siswi UiTM Machang Sahaja...cepat..cepat!!!

Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera...
Hye,...geng...

Kehangatan pendaftaran pelajar baru & lama ke IPTA semakin terasa bahangnya..Jumlah kemasukan yang meningkat secara mendadak semester ini buat aku pening kepala memikirkanya... deringan telefon yang tak pernah bosan berhenti berbunyi...muak aku mendengarnya..... terasa darah pekat mengalir dari telinga....

Telefon pejabat + 012 + 103! semuanya bergilir-gilir, sambung-menyambung silih berganti....

Sekarang pun tak berhenti berbunyi.... .......

So... memandangkan keperluan penginapan pelajar agak terhad, disini aku nak share dengan korang hostel untuk penginapan pelajar-pelajar yang tidak berjaya mendapat kemudahan kolej kediaman di UiTM Machang Kelantan.  

Hostel diselenggarakan sepenuhnya oleh kakitangan UiTM Kelantan bagi membantu pelajar dan pihak UiTM sendiri untuk menampung jumlah kemasukan pelajar baru yang melimpah-ruah..... aku...masih belum dapat berimaginasi lagi bagaimana hari pendaftaran pelajar baru..nanti...

"Oo.pps....hp bunyi lagi... 012 pulak..!"

Sedikit keterangan berkaitan hostel ini....

"MIA Budget Hostel"

BERSIH...SELESA...MURAH...

MIA Budget Hostel ini menyediakan 11 buah bilik yang menempatkan 2 siswi 1 bilik.  Tempat sangat terhad! Hubungi segera untuk penempahan awal..... Hanya siswi (Pelajar Perempuan) sahaja diperlukan.

Antara kelebihan yang ditawarkan....

  • Lokasi strategik untuk pelajar yang berhampiran UiTM Machang
  • Berdekatan dengan banyak kemudahan-kemudahan asas untuk pelajar seperti
    • Cyber Cafe,
    • Kedai 24 jam 7 Eleven,
    • Bertempat diatas Wifi Cafe',
    • Pejabat Pos Mini,
    • Kedai Buku, Alat tulis dan kelengkapan pelajar Diploma Art & Design,
    • Kedai runcit,
    • Kedai telefon, dll....
  • Kelengkapan asas disediakan, semua kelengkapan masih baru.
  • Kadar Sewa yang murah dan berpatutan bagi seorang pelajar...
  • Kaedah pembayaran sewa boleh dirunding.
Hubungi segera pemilik hostel untuk rundingan dan pertanyaan selanjutnya.

No: 012-9618520 / 017-9797867

(Mia Budget Hostel)
NO. 4 LOT 1962,
TINGKAT 2, ANGGUN PUTRA,
PERSIARAN UiTM,
KAMPUNG TOK ULU SAT.
18500 MACHANG KELANTAN
umpama mimpi dalam mimi

Senarai Link IPTA untuk Semakan Keputusan Permohonan e-Rayuan Kemasukan ke IPTA sesi Julai 2010

Kini pelajar yang tidak berjaya mendapat tempat semasa keputusan pertama Permohonan Kemasukan ke IPTA boleh membuat semakan melalui laman-laman web IPTA berikut. Semakan ini boleh dibuat sekirangya pelajar telah membuat rayuan.




Selain itu pelajar juga boleh membuat semakan terus ke Laman Utama UPU.
 heakelantan: semoga semua yang ikhlas berjaya mendapat tempat....