LAPORAN BULANAN JAWATANKUASA MISI AKADEMIK 2009
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA KELANTAN
1. |
27.01.2009 – 30.01.2009 |
LAWATAN PENANDA ARAS KE UNIVERSITI-UNIVERSITI DI BANDUNG, INDONESIA |
BANDUNG, INDONESIA |
Ahli-ahli Jawatankuasa Misi Akademik |
Seramai 14 orang AJK J/K Misi Akademik telah terlibat . |
27.01.09 – 30.01.09 Ahli Jawatankuasa Misi Akademik telah mengadakan Lawatan Penanda Arasan ke Institut Teknologi Bandung (ITB), Indonesi. Lawatan tesebut melibatkan penyertaan sebanyak 14 orang Ahli. Objektif utama lawatan adalah untuk menjalinkan hubungan baik dengan institusi-intitusi luar dengan berkongsi pandangan, pendapat, dan maklumat berkaitan pengurusan organisasi pendidikan/akademik. Pada masa yang sama ia penting bagi merealisasikan matlamat utama Universiti Teknologi Mara iaitu `World Class Universiti' melalui proses pengantarabangsaan.
ITB merupakan salah satu institusi yang terkenal di Bandung, di mana ia menawarkan bidang pendidikan yang berasaskan teknologi, telekomunikasi dan kejuruteraan. Keunikan institusi ini dapat dilihat melalui keseragaman pakaian siswa-siswi mengikut bidang masing-masing. Selain itu, keindahan kawasan persekitaran institusi ini terserlah dengan dihiasi kepelbagaian tanaman dengan mengaplikasikan konsep `kampus dalam taman'.
No comments: