Showing posts with label BERITA HARIAN. Show all posts
Showing posts with label BERITA HARIAN. Show all posts

LAPORAN SINAR HARIAN : 40 belia sahut Karnival ‘Selangkah ke Universiti’

Sumber : http://www.sinarharian.com.my/kelantan/content/story7198389.asp

40 belia sahut Karnival ‘Selangkah ke Universiti’


KAMPUNG KUBANG BATANG - Kira-kira 40 belia lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) menyertai Karnival ‘Selangkah ke UiTM’ sebagai suntikan semangat melanjutkan pelajaran ke universiti serta merasai kehidupan sebagai mahasiswa apabila menjejakkan kaki ke Universiti Teknologi Mara UiTM Machang.

Pengerusi Persatuan Belia Bestari Kampung Menjual (BBKM), Muhammad Arif Husin berkata, bagi merealisasikan impian mereka, Penaung BBKM, Mohd Rosdi Abd Aziz menyediakan bas disewa khas untuk membawa mereka ke UiTM Machang bagi mengikuti Karnival ‘Selangkah ke UiTM’ yang dianjurkan oleh universiti tersebut.

Menurutnya, BBKM mengambil inisiatif dengan mengumpul belia dan beliawanis di sekitar Kampung Menjual ini untuk membantu mereka yang tidak berkemampuan untuk ke UiTM Machang dengan pengangkutan sendiri.

“Memang banyak manfaatnya dengan mengikuti karnival ini kerana mereka bukan sahaja diberi tunjuk ajar bagaimana untuk mengisi Borang UPU secara online, tetapi khidmat nasihat secara sukarela oleh Pensyarah UiTM dalam bidang pengajian yang sesuai bukan sahaja yang terdapat di UiTM, tetapi yang ditawarkan oleh universiti lain di Malaysia,” katanya.

Menurutnya, karnival yang diadakan selama 3 hari bertempat di pekarangan Blok D UiTM Machang turut memberi pendedahan kepada lepasan SPM dan STPM ini kelayakan dalam bidang yang sesuai dengan keputusan masing-masing.

Rombongan belia seramai 40 orang ini dilepaskan oleh Mohd Rosdi yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tumpat di depan Sekolah Kebangsaan Kubang Batang, turut diiringi Naib Pengerusi BBKM, Mohd Hadri Mat Husin.

Turut mengiringi rombongan ini, Muhammad Arif, Setiausaha BBKM, Mohd Hakimi, Naib Pengerusi BBKM, Mohd Khairul dan Ketua Unit Urusetia BBKM, Siti NurHidayana Rosli.

Selangkah ke UITM di Jeli.

Selangkah Ke UiTM Pada 19 dan 20 Mac ini.

Macam tidak percaya Haji Zahari [HEP] masuk web. Promotin baik punya...hehe.. Semoga semua nya berjalan dengan lancar amee......n
Sumber: http://www.umnojeli.net/eBuletin/tabid/72/EntryID/1898/Default.aspx

Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli

Posted by: umnojeli_admin 04 Mac 2010







Selangkah ke UITM pada 19 dan 20 Mac ini.



BUKIT NANGKA, 4 MAC 2010 - Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 dan 2009 berpeluang melangkah ke universiti apabila Universiti Teknologi MARA (UiTM ) dengan kerjasama UMNO Bahagian Jeli akan menjayakan program Selangkah Ke UiTM pada 19 dan 20 Mac ini.



Kordinator Pusat Pembangunan Komuniti dan Usahawan (PPKU) Kampus Cawangan Machang, Zahari Yusof berkata, objektif utama program yang dirangka bertujuan memberi maklumat jelas berkaitan peluang-peluang kemasukan dan kelebihan yang ada di UiTM.



Menurutnya, menerusi program ini maklumat dapat disalurkan dengan lebih baik kepada pelajar-pelajar sekolah menengah di parlimen ini.



"Program ini diharapkan dapat menjana kemasukan lebih ramai pelajar-pelajar lepasan SPM dari sekolah-sekolah menengah parlimen Jeli seterusnya membantu merealisasikan sasaran 200,000 pelajar UiTM menjelang 2015.



"Pada tahun kita pihak kami mensasarkan 500 pelajar lepasan SPM dapat didaftarkan dan hasil maklumat program dijayakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ayer Lanas sebelum ini menunjukkan seramai 110 pelajar parlimen ini berjaya didaftarkan dan mengikuti pelbagai kursus yang ditawarkan,"katanya.



Kata beliau, harapan UiTM pada kali ini cukup besar untuk kita daftarkan sejumlah yang mungkin pelajar-pelajar lepasan SPM di sini dan program itu nanti akan direncanakan di PPKU dan Kompleks UMNO Bahagian Jeli bermula jam 8.30 pagi hingga 5 petang.



"Lepasan SPM, ibu bapa dan orang ramai dijemput hadir ke program ini kerana kita turut merangka pengisian menarik antaranya sesi kaunseliang bersama pensyarah UiTM, pendaftaran kemasukan secara online dan taklimat kemasukan ke UiTM.



"Di samping itu, cenderahati turut disediakan pada sesi itu nanti dan pelajar-pelajar diingatkan supaya membawa kad pengenalan beserta salinan, slip keputusan SPM 2008 dan 2009 beserta salinan dan sijil-sijil berkaitan,"katanya.

UiTM kaji genome Melayu guna profil DNA

Sumber: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Pendidikan/20100302072947/Article/index_html 

 

Pertama di dunia

Oleh Khairina Yasin
kayrina@bharian.com.my

UiTM kaji genome Melayu guna profil DNA

UNIVERSITI Teknologi Mara (UiTM) bakal membawa pembaharuan dalam bidang perubatan dunia menerusi projek penyelidikan genome Melayu pertama di dunia yang kini dilaksanakan penyelidik Fakulti Perubatan universiti itu.

Naib Canselornya, Prof Datuk Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar, berkata kajian itu membolehkan penyelidik mencirikan pelbagai struktur genetik genome untuk diguna pakai dalam penyelidikan perubatan dan genetik pada masa depan.

Dalam konteks masyarakat Melayu, katanya, kajian itu juga dapat meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai genome orang Melayu menerusi kehadiran gen.

“Selain itu, dapatan kajian itu juga mampu mencirikan asal usul orang Melayu berdasarkan profil DNA yang diperoleh.

“Malah secara tidak langsung, ia dapat membantu pakar farmasi menyediakan ubat-ubatan bersesuaian dengan penyakit yang biasa dikaitkan dengan genome Melayu ini,” katanya pada majlis perasmian kampus UiTM Puncak Alam, baru-baru ini.
Penyelidikan genome merujuk kepada penyelidikan berkaitan set asas haploid kromosom sesuatu organisma pada manusia.

Sahol berkata, projek penyelidikan itu dilaksanakan di Kampus Puncak Alam yang kini menjadi tapak penyelidikan dalam bidang sains dan perubatan berkonsepkan genome Melayu.

Katanya, kampus itu dipilih sebagai tapak penyelidikan yang turut menempatkan Fakulti Perubatan bersesuaian dengan keunikan dan kelestarian ruang serta alam semula jadinya yang menghijau.

“Kita merancang untuk memiliki hospital pengajar sendiri bagi menjamin kualiti program dan penyelidikan perubatan yang lebih sistematik selain menempatkan pusat penyelidikan berkaitan khususnya Centre for Translational Research bagi memantapkan penyelidikan klinikal.
“Justeru, kita berharap agar pihak kerajaan dapat memberi kelulusan dan peruntukan segera bagi merealisasikan cadangan penubuhan hospital di Kampus Puncak Alam sebagai kemudahan latihan klinikal kepada pelajar dan pensyarah,” katanya.

Dengan adanya kemudahan itu dan kurikulum mantap dan terkini, beliau yakin dapat mengeluarkan 2,000 doktor Melayu dalam tempoh lima tahun lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, katanya, Fakulti Perubatan UiTM bekerjasama dengan Lembaga Bersama Perubatan menawarkan kursus pasca siswazah profesional dalam bidang perubatan, mulai Julai ini.

Katanya, kejayaan penawaran program itu adalah satu pengiktirafan kepada fakulti terbabit hasil peningkatan inovasi menerusi kurikulum mantap dan terkini.

“Walaupun baru berusia lima tahun, pencapaian itu membuktikan penekanan kita kepada aspek kualiti selain sokongan barisan tenaga akademik kanan berpengalaman dari dalam dan luar negara yang turut dilantik sebagai Profesor Adjung,” katanya.