Showing posts with label FACEBOOK RAKAN HEA. Show all posts
Showing posts with label FACEBOOK RAKAN HEA. Show all posts

Wajah-Wajah Penerima Baucer Buku 1 Malaysia | UiTM Kelantan


Alhamdulillah Majlis Penyerahan Baucer Buku 1 Malaysia UiTM Cawangan Kelantan selesai sudah.  Dalam perancangan tempoh yang terhad UiTM Cawangan Kelantan berjaya menyelesaikan tanggungjawab penyerahan dengan kerjasama semua pihak.  
92% pengagihan berjaya dilakukan kepada semua pelajar UiTM Kelantan.  Kejayaan ini adalah hasil usaha sama semua pihak dan tahap disiplin yang tinggi ditonjolkan oleh mahasiswan Cawangan Kelantan.  Semoga kerjasama ini boleh dipertahankan dan dipertingkatkan lagi dari masa ke semasa.  

Harapan, penerima-penerima baucer dapat menggunakan baucer tersebut sebaik mungkin.  Tahniah semua.  Khasnya sukarelawan-suakarelawan yang banyak membantu menyelesaikan masalah tanpa pemantauan. 

Ramai-Ramai Sertai Group Rakan HEA | UiTM Kelantan

Assalamualaikum w.b.t.  HEA UiTM Kelantan create group Rakan HEA UiTM Kelantan untuk bersama-sama berdiskusi dan berbicara berkenaan akademik.  

http://www.facebook.com/groups/rakanheauitmkelantan/
Group ini bertujuan mempercepatkan urusan dan sebagai altenatif kepada kaunter sedia ada di pejabat HEA UiTM Cawangan Kelantan. Ia juga diwujudkan bagi membentuk komuniti akademik yang erat dan mesra  dalam menambah baik sistem pengurusan.  Sebarang komen yang membangun akan dinilai dan kritikan yang langsung tidak membina yang merosakkan hubung silaturrahim akan dipantau oleh pihak admin.


Kepada rakan-rakan HEA UiTM Kelantan yang dah join saya ucapkan tahniah dan kepada pelajar-pelajar lain yang belum join boleh lakukan dengan segera.  Mohon juga anda memaklumkan tentang kewudukan group facebook ini.  Semoga ia bermanfaan kepada semua.  Klik sini untuk ke Facebook Rakan HEA UiTM Kelantan.

p/s:  Setakat entry ini ditulis, jumlah ahli telah mencecah seramai 3,910.