FESTIVAL KOLEJ KE-6 2010 (FESKO) UiTM Kelantan

UiTM Kelantan akan mengadakan FESTIVAL KOLEJ KE-6 2010 atau dipanggil sebagai FESKO.  Tema FESKO KE-6 ini adalah "KEUNGGULAN GENERASI PENCETUS ASPIRASI".

TARIKH PROGRAM : 23 - 27 FEBRUARI 2010

TEMPAT PROGRAM: MEDAN ILMU, UiTM KELANTAN

Antar program MENARIK yang telah dirancang adalah seperti berikut:-

  • PERASMIAN FESKO
  • KAYUHAN STAMINA
  • FESKES
  • FORUM LEADERSHIP
  • HARI KO EDISI KHAS
  • MALAM ASPIRASI SENI
  • FRUITDECORATION
  • GIANT BELLY 
  • PEMBUDAYAAN KUALITI MAHASISWA
  • TARIK KING
  • TEBAR ROTI CANAI
  • NASYID ANTARA KOLEJ
  • STRATEGY GAMES
  • MAKE OVER CONTEST
  • IQ CHALLENGES
  • SPEED TRYPING CONTEST
  • BICARA AD-DEEN
  • BACK TO 1 MALAYSIA CHILDHOODS GAMES
  • SUKAN RAKYAT
  • EXPLORECE
  • ARDEC WITH FESKO
  • MARTIAL ART FOR WOMEN
  • GTF SHOW
  • BICARA TOKOH
  • PUISI 1 MALAYSIA
  • PIDATO
  • UiTM TOP CAT
  • EXOTICS ANIMAL SHOW
  • APRESIASI NYANYIAN DUET TRADISIONAL
  • PROLOG 
  • MTB XS CHALLENGE
FAKTA:
  1. Program ini diadakan selama 6 malam 5 hari kerana program ini dirasmikan dan di mulakan diwaktu malam hari pertama dan akan tamat juga pada waktu malam.
  2. Pelajar dan orang ramai dari luar UiTM dijemput hadir bagi memeriahkan lagi program kerana terdapat lebih daripada 50 buah gerai akan berniaga di medan ilmu.
  3. Banyak pertunjukan dan kejutan luar dari kebiasaan akan ditonjolkan sepanjang program ini berlangsung.

JOM MASUK U 2010 - KARNIVAL KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI NEGARA [KPTN]

Sumber maklumat dari http://www.upm.edu.my/popup/ : http://eputra.com/karnival-pengajian-tinggi-negara-jom-masuk-u-2010/

Makluman untuk semua pelajar-pelajar dan ibu-bapa serta orang ramai, KPTN akan mengadakan Karnival yang menjadi acar tahunan bagi menyampaikan maklumat secar 'direct' mengenai kemasukan ke Universiti di Malaysia.

HEA UiTM Kelantan agak sibuk pada 13-14 MAC 2010.  UiTM Kelantan merupakan sebahagian urusetia karnival yang diadakan di Universiti Malaysia Kelantan (Tuan Rumah Tahun 2010).  Pihak UiTM Kelantan menyediakan pengangkutan iaitu 2 biji bas bagi menjayakan program ini.  Ahlijawatankuasa MISI AKADEMIK UiTM Kelantan dalam persediaan untuk turut serta dalam program besar-besaran tersebut.

Orang ramai dijemput hadir untuk mendapatkan maklumat dan memerihakan lagi Karnival ini.

Objektif

  • Objektif program adalah menjadi Pusat Sehenti (One Stop Centre) bermaklumat kepada kumpulan sasaran seperti pemohon, ibu bapa, guru dan komuniti setempat untuk mendapatkan maklumat mengenai peluang pendidikan tinggi akreditasi dan pembiayaan bagi Lepasan SPM/Setaraf dan STPM/Setaraf;
  • Program ini juga ingin mendidik dan memupuk kesedaran di kalangan pemohon dan masyarakat awam mengenai pelaksanaan permohonan kemasukan ke IPTA melalui Aplikasi Dalam Talian;
  • Menyampaikan maklumat mengenai pelaksanaan dasar pemilihan Kemasukan ke IPTA yang mengguna pakai 90 % markah akademik dan 10 % markah kokurikulum;
  • Menerangkan kaedah permarkahan kokurikulum berasaskan sekolah yang diselaraskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi permohonan Kemasukan ke IPTA ; dan
  • Mempromosi serta menyebarluaskan maklumat mengenai program pengajian baru yang ditawarkan oleh IPTA dan institusi lain mulai sesi akademik 2010/2011.

Siapa Patut Hadir?

  • Pelajar SPM/STPM/Diploma/Matrikulasi/STAM sedang belajar.
  • Lepasan SPM/STPM/STAM/Diploma dan lain-lain.
  • Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah (GBKS),
  • Kaunselor, guru, ibu bapa dan masyarakat setempat.
Sasaran kehadiran ke pameran pendidikan adalah seramai 150, 000 hingga 200, 000 pengunjung.

Aktiviti

Aktibiti yaang akan dianjurkan dalam karnival Jom Masuk U bagi tahun 2010 adalahj;
  • Ceramah dan forum yang interaktif berfokus kepada kumpulan sasaran oleh IPTA, Bahagian/ Agensi KPT/ KPM seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN), Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (BMKPM), Jabatan Pengajian Politeknik (JPP), Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK) dan Jabatan Pengajian Tinggi (JPT);
  • Pameran Pendidikan ‘’ JOM MASUK U’’
  • Cabutan bertuah ‘’JOM MASUK U’’ kepada pengunjung;
  • Cabutan Perdana ‘’JOM MASUK U’’ kepada pengunjung
  • Pengagihan brosur program pengajian yang ditawarkan oleh IPTA, IPTS, Politeknik, Kolej komuniti dan pelbagai agensi lain;
  • Khidmat Bimbingan dan Kaunseling

Pameran Pendidikan

Pameran pendidikan akan merangkumi badan dan agensi daripada;
  • Kesemua 20 IPTA
  • Bahagian/Agensi di KPT seperti Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT), Jabatan Pengajian Politeknik (JPP), Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK), Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN), Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
  • Beberapa IPTS
  • Agnesi/Bahagian di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) seperti Bahagian Sekolah, Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum, Bahagian Matrikulasi KPM, Bahagaian Pendidikan Guru (BPG) KPM, Majlis Guru Bimbingan dan Kaunseling Negeri (MGBK),
  • Jabatan Tenaga Manusia Kementerian Sumber Manusia (JTM),
  • Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kementerian Belia dan Sukan
  • Lain-lain agensi dan penaja yang terlibat dengan pendidikan tinggi.

Forum

Penceramah yang mempunyai kepakaran mengikut bidang tertentu akan dikenal pasti untuk dijemput memberi ceramah. Di antaranya mereka dari;
  • Jabatan Pelajaran Negeri,
  • Kolej Matrikulasi KPM
  • Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM),
  • Asasi UiTM,
  • Politeknik
  • Kolej Komuniti.
  • Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK),
  • Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) sekolah,
  • Wakil Majlis Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Rendah
  • Wakil Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG)

Lokasi

Karnival Pengajian Tinggi Negara – JOM MASUK U 2010 akan berlangsung seperti berikut;
Tarikh
Lokasi
9 – 10 Jan 2010 Persada Johor Bahru
16 – 17 Jan 2010 Stadium Melawati, Shah Alam
30 – 31 Jan 2010 1 Borneo Shopping Mall, Kota Kinabalu
6 – 7 Feb 2010 Stadium Tertutup Nilai
20 –21 Feb 2010 Permata Exhibition Centre, Kuching
27 – 28 Feb 2010 Dewan Millenium Seberang Prai
6 – 7 Mac 2010 Dewan Wawasan Jitra
13 – 14 Mac 2010 Kelantan Trade Centre, Kota Bharu
20 – 21 Mac 2010 Dewan Universiti Malaysia Pahang
27 – 28 Mac 2010 Stadium Indra Mulia, Ipoh

Karnival ini dibuka dari pukul 9.00 pagi hingga 6.00 petang di semua lokasi kecuali di Permata Exhibition Centre dari pukul 8.30 pagi hingga 5 petang. Semua pihak yang berkenaan sepatutnya tidak melepaskan peluang untuk mengunjungi karnival ini bagi mendapatkan maklumat mengenai kemasukan ke IPTA dan perkara yang berkaitan.

Maklumat

Bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan Karnival Pengajian Tinggi Negara (KPTN) – JOM MASUK U ini sila hubungi;
Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi Malaysia, Aras 1, Blok E9, Parcel E, Presint 1, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62505 Putrajaya.
Telefon : 03-8883 5801/5802
Faks : 03-8889 4260
Emel : upu@mohe.gov.my
Sumber : Laman Web Rasmi Kemasukan Ke IPTA