Sumber maklumat dari http://www.upm.edu.my/popup/ : http://eputra.com/karnival-pengajian-tinggi-negara-jom-masuk-u-2010/
Makluman untuk semua pelajar-pelajar dan ibu-bapa serta orang ramai, KPTN akan mengadakan Karnival yang menjadi acar tahunan bagi menyampaikan maklumat secar 'direct' mengenai kemasukan ke Universiti di Malaysia.
HEA UiTM Kelantan agak sibuk pada 13-14 MAC 2010. UiTM Kelantan merupakan sebahagian urusetia karnival yang diadakan di Universiti Malaysia Kelantan (Tuan Rumah Tahun 2010). Pihak UiTM Kelantan menyediakan pengangkutan iaitu 2 biji bas bagi menjayakan program ini. Ahlijawatankuasa MISI AKADEMIK UiTM Kelantan dalam persediaan untuk turut serta dalam program besar-besaran tersebut.
Orang ramai dijemput hadir untuk mendapatkan maklumat dan memerihakan lagi Karnival ini.
Objektif
- Objektif program adalah menjadi Pusat Sehenti (One Stop Centre) bermaklumat kepada kumpulan sasaran seperti pemohon, ibu bapa, guru dan komuniti setempat untuk mendapatkan maklumat mengenai peluang pendidikan tinggi akreditasi dan pembiayaan bagi Lepasan SPM/Setaraf dan STPM/Setaraf;
- Program ini juga ingin mendidik dan memupuk kesedaran di kalangan pemohon dan masyarakat awam mengenai pelaksanaan permohonan kemasukan ke IPTA melalui Aplikasi Dalam Talian;
- Menyampaikan maklumat mengenai pelaksanaan dasar pemilihan Kemasukan ke IPTA yang mengguna pakai 90 % markah akademik dan 10 % markah kokurikulum;
- Menerangkan kaedah permarkahan kokurikulum berasaskan sekolah yang diselaraskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi permohonan Kemasukan ke IPTA ; dan
- Mempromosi serta menyebarluaskan maklumat mengenai program pengajian baru yang ditawarkan oleh IPTA dan institusi lain mulai sesi akademik 2010/2011.
Siapa Patut Hadir?
- Pelajar SPM/STPM/Diploma/Matrikulasi/STAM sedang belajar.
- Lepasan SPM/STPM/STAM/Diploma dan lain-lain.
- Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah (GBKS),
- Kaunselor, guru, ibu bapa dan masyarakat setempat.
Aktiviti
Aktibiti yaang akan dianjurkan dalam karnival Jom Masuk U bagi tahun 2010 adalahj;- Ceramah dan forum yang interaktif berfokus kepada kumpulan sasaran oleh IPTA, Bahagian/ Agensi KPT/ KPM seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN), Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (BMKPM), Jabatan Pengajian Politeknik (JPP), Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK) dan Jabatan Pengajian Tinggi (JPT);
- Pameran Pendidikan ‘’ JOM MASUK U’’
- Cabutan bertuah ‘’JOM MASUK U’’ kepada pengunjung;
- Cabutan Perdana ‘’JOM MASUK U’’ kepada pengunjung
- Pengagihan brosur program pengajian yang ditawarkan oleh IPTA, IPTS, Politeknik, Kolej komuniti dan pelbagai agensi lain;
- Khidmat Bimbingan dan Kaunseling
Pameran Pendidikan
Pameran pendidikan akan merangkumi badan dan agensi daripada;- Kesemua 20 IPTA
- Bahagian/Agensi di KPT seperti Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT), Jabatan Pengajian Politeknik (JPP), Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK), Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN), Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
- Beberapa IPTS
- Agnesi/Bahagian di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) seperti Bahagian Sekolah, Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum, Bahagian Matrikulasi KPM, Bahagaian Pendidikan Guru (BPG) KPM, Majlis Guru Bimbingan dan Kaunseling Negeri (MGBK),
- Jabatan Tenaga Manusia Kementerian Sumber Manusia (JTM),
- Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kementerian Belia dan Sukan
- Lain-lain agensi dan penaja yang terlibat dengan pendidikan tinggi.
Forum
Penceramah yang mempunyai kepakaran mengikut bidang tertentu akan dikenal pasti untuk dijemput memberi ceramah. Di antaranya mereka dari;- Jabatan Pelajaran Negeri,
- Kolej Matrikulasi KPM
- Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM),
- Asasi UiTM,
- Politeknik
- Kolej Komuniti.
- Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK),
- Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) sekolah,
- Wakil Majlis Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Rendah
- Wakil Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG)
Lokasi
Karnival Pengajian Tinggi Negara – JOM MASUK U 2010 akan berlangsung seperti berikut; Tarikh | Lokasi |
---|---|
9 – 10 Jan 2010 | Persada Johor Bahru |
16 – 17 Jan 2010 | Stadium Melawati, Shah Alam |
30 – 31 Jan 2010 | 1 Borneo Shopping Mall, Kota Kinabalu |
6 – 7 Feb 2010 | Stadium Tertutup Nilai |
20 –21 Feb 2010 | Permata Exhibition Centre, Kuching |
27 – 28 Feb 2010 | Dewan Millenium Seberang Prai |
6 – 7 Mac 2010 | Dewan Wawasan Jitra |
13 – 14 Mac 2010 | Kelantan Trade Centre, Kota Bharu |
20 – 21 Mac 2010 | Dewan Universiti Malaysia Pahang |
27 – 28 Mac 2010 | Stadium Indra Mulia, Ipoh |
Karnival ini dibuka dari pukul 9.00 pagi hingga 6.00 petang di semua lokasi kecuali di Permata Exhibition Centre dari pukul 8.30 pagi hingga 5 petang. Semua pihak yang berkenaan sepatutnya tidak melepaskan peluang untuk mengunjungi karnival ini bagi mendapatkan maklumat mengenai kemasukan ke IPTA dan perkara yang berkaitan.
Maklumat
Bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan Karnival Pengajian Tinggi Negara (KPTN) – JOM MASUK U ini sila hubungi;Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi Malaysia, Aras 1, Blok E9, Parcel E, Presint 1, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62505 Putrajaya.
Telefon : 03-8883 5801/5802
Faks : 03-8889 4260
Emel : upu@mohe.gov.my
Sumber : Laman Web Rasmi Kemasukan Ke IPTA
Related Post
HEA
- TIADA LAGI PRA-PENDAFTARAN BAGI PELAJAR UiTM - Pasti mereka merindui saat pra-pendaftaran
- IKLAN JAWATAN KOSONG DI UiTM KELANTAN Machang 2010
- Lawatan Rasmi Dato'VC [Y.Bhg. Dato' Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar] Ke UiTM Kelantan pada 31hb Jan 2010
- SEMUA PELAJAR UiTM AKAN MERINDUI PRA-PENDAFTARAN KURUS KERANA TIADA LAGI PRA PENDAFTARAN KURSUS
- The Making Of LAWATAN Datuk Profesor Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar
- PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO [RAKAN HEA UiTM KELANTAN] - Hadiah Menarik Menanti Anda
- BENGKEL SEMAK SEMULA DAN PEMURNIAN PROSEDUR PENGURUSAN DAN PROSEDUR OPERASI KUALITI UiTM KELANTAN 2010.
- Jom ke Kompleks Akademik D UiTM Kelantan
- JAWATAN KOSONG UiITM KELANTAN [TERKINI Tarikh Tutup 21 Januari 2010 - KHAMIS]
- Posting Lama Yang Tertangguh - SALAM AIDILFITRI 2009
UiTM
- Selamat Menduduki Peperiksaan Untuk Semua Pelajar Ijazah UiTM
- AWAS!!! PROSES VALIDASI KURSUS PELAJAR UiTM KELANTAN
- SENARAI KOLEJ - KOLEJ BERSEKUTU UITM
- Quit Smoking Programme + UiTM
- LAPORAN SINAR HARIAN : 40 belia sahut Karnival ‘Selangkah ke Universiti’
- Jom Masuk U! Lebih 10,000 pengunjung kurang separuh hari!
- PRA-DIPLOMA UiTM KINI PERCUMA.....lepasan SPM perlu segera sebelum tutup tarikh permohonan
- TIADA LAGI PRA-PENDAFTARAN BAGI PELAJAR UiTM - Pasti mereka merindui saat pra-pendaftaran
- IKLAN JAWATAN KOSONG DI UiTM KELANTAN Machang 2010
- Lawatan Rasmi Dato'VC [Y.Bhg. Dato' Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar] Ke UiTM Kelantan pada 31hb Jan 2010
- FESTIVAL KOLEJ KE-6 2010 (FESKO) UiTM Kelantan
- The Making Of LAWATAN Datuk Profesor Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar
- LAWATAN Datuk Profesor Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar
- Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar , Naib Canselor UiTM terbaru
- PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO [RAKAN HEA UiTM KELANTAN] - Hadiah Menarik Menanti Anda
- BENGKEL SEMAK SEMULA DAN PEMURNIAN PROSEDUR PENGURUSAN DAN PROSEDUR OPERASI KUALITI UiTM KELANTAN 2010.
- Jom ke Kompleks Akademik D UiTM Kelantan
- JAWATAN KOSONG UiITM KELANTAN [TERKINI Tarikh Tutup 21 Januari 2010 - KHAMIS]
PENGUMUMAN
- FESTIVAL KOLEJ KE-6 2010 (FESKO) UiTM Kelantan
- UPDATED 1/FEB/2010 ..MAKLUMAT TERKINI UNTUK SEMUA PELAJAR SEMESTER AKHIR DIPLOMA UiTM
- PENTING! MAKUMAT TERKINI UNTU BAKAL GRADUAN UiTM BAGI ISTIADAT KONVOKESYEN KE 72/ MEI 2010
- LAWATAN Datuk Profesor Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar
- Jom ke Kompleks Akademik D UiTM Kelantan
- JAWATAN KOSONG UiITM KELANTAN [TERKINI Tarikh Tutup 21 Januari 2010 - KHAMIS]
No comments: