JAWATAN KOSONG AKADEMIK DI UiTM [ISNIN, 29 MAC 2010]

Kepada pemohon yang mempunyai kelayakan untuk menjadi seorang pensyarah yang berwibawa, UiTM Induk (Shah Alam) telah membuka jawatan.  Peluang masih lagi terbuka hari ini, Tarikh tutup permohonan adalah esok. Sila click link Advertisement dibawah untuk keterangan lanjut.                                                            Job Vacancy ( Academic)










For more information please click advertisement below :

PERMOHONAN

Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA yang boleh didapati sendiri di Bahagian Pengurusan Perjawatan, Pejabat Pendaftar, UiTM Shah Alam atau boleh juga diperolehi dengan melayari laman web UiTM di http://www.uitm.edu.my
 
Tarikh tutup permohonan ialah pada hari ISNIN, 29 MAC 2010.

Quit Smoking Programme + UiTM

Kepada golongan-golongan special yang rasa dah bosan membuat sedutan maut nikotin UiTM Shah Alam ada mengadakan satu program khas yang berbunyi "Quit Smoking Program" yang terbuka kepada 150 kakitangan UiTM terawal mendaftar.  Antara yang menarik adalah Perkhidmatan Kaunseling PERCUMA. Program tersebut bertempat di Kolej Perindu.  Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan temujanji sila hubungi Dr Siti Munir Yasin melalui drsitimy@gmail.com atau 019-2515325.
Quit Smoking Programme PDF Print E-mail
click poster untuk view lebih jelas:

For more information please download poster below :

LAPORAN SINAR HARIAN : 40 belia sahut Karnival ‘Selangkah ke Universiti’

Sumber : http://www.sinarharian.com.my/kelantan/content/story7198389.asp

40 belia sahut Karnival ‘Selangkah ke Universiti’


KAMPUNG KUBANG BATANG - Kira-kira 40 belia lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) menyertai Karnival ‘Selangkah ke UiTM’ sebagai suntikan semangat melanjutkan pelajaran ke universiti serta merasai kehidupan sebagai mahasiswa apabila menjejakkan kaki ke Universiti Teknologi Mara UiTM Machang.

Pengerusi Persatuan Belia Bestari Kampung Menjual (BBKM), Muhammad Arif Husin berkata, bagi merealisasikan impian mereka, Penaung BBKM, Mohd Rosdi Abd Aziz menyediakan bas disewa khas untuk membawa mereka ke UiTM Machang bagi mengikuti Karnival ‘Selangkah ke UiTM’ yang dianjurkan oleh universiti tersebut.

Menurutnya, BBKM mengambil inisiatif dengan mengumpul belia dan beliawanis di sekitar Kampung Menjual ini untuk membantu mereka yang tidak berkemampuan untuk ke UiTM Machang dengan pengangkutan sendiri.

“Memang banyak manfaatnya dengan mengikuti karnival ini kerana mereka bukan sahaja diberi tunjuk ajar bagaimana untuk mengisi Borang UPU secara online, tetapi khidmat nasihat secara sukarela oleh Pensyarah UiTM dalam bidang pengajian yang sesuai bukan sahaja yang terdapat di UiTM, tetapi yang ditawarkan oleh universiti lain di Malaysia,” katanya.

Menurutnya, karnival yang diadakan selama 3 hari bertempat di pekarangan Blok D UiTM Machang turut memberi pendedahan kepada lepasan SPM dan STPM ini kelayakan dalam bidang yang sesuai dengan keputusan masing-masing.

Rombongan belia seramai 40 orang ini dilepaskan oleh Mohd Rosdi yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tumpat di depan Sekolah Kebangsaan Kubang Batang, turut diiringi Naib Pengerusi BBKM, Mohd Hadri Mat Husin.

Turut mengiringi rombongan ini, Muhammad Arif, Setiausaha BBKM, Mohd Hakimi, Naib Pengerusi BBKM, Mohd Khairul dan Ketua Unit Urusetia BBKM, Siti NurHidayana Rosli.

PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR FAKULTI PERAKAUNAN UiTM DENGAN INTERSESI MEI 2010






.  Bagi kes pelajar ingin menumpang, sila berurusan terus dengan kampus yang menawarkan kod tersebut.
Nota :
Walaubagaimanapun sekiranya ada, pelajar perlu urus sendiri penginapan dengan HEP Shah Alam
dibenarkan mengadakan atas dasar
'break even point'
15 orang, walaubagaimanapun, pihak kampus 

TERBUKA UNTUK PENGGUNAAN SEMUA Fw: Sistem Semakan Kelayakan ke IPT / UiTM

Untuk makluman semua, SISTEM SEMAKAN KELAYAKAN KE IPT / UiTM boleh digunakan oleh semua kakitangan dan sesiapa sahaja yang ingin memohon ke Universiti melalui mana-mana talian internet. 
 
Disini saya menerangkan lebih terpericni tentang cara penggunaan sistem semakan kelayakan ini.

Sistem Semakan Kelayakan ini adalah sama dengan Sistem Semakan Kelayakan yang digunakan di Kaunter Pendaftaran "EKSPO SELANGKAH KE UiTM KELANTAN" baru-baru ini di Kompleks Akademik D UiTM Kelantan Machang pada 16hb-18hb Mac 2010. 

Objektif utama "EKSPO SELANGKAH KE UiTM KELANTAN" adalah untuk memberi khidmat nasihat secara percuma kepada pelajar-pelajar lepasan SPM dan STPM supaya maklumat yang tepat dapat disampaikan didalam proses pemilihan.  Sistem Semakan Kelayakan ini adalah untuk filter program-program yang layak dipohon dan tidak layak supaya pemohon tidak merugikan pilihan-pilihan yang telah diberi.

Tuan/puan boleh melayari laman web sistem semakan kelayakan ini melalui pautan berikut: http://www.selangkah.uitm.edu.my

Maklumat penggunaan Sistem Semakan Kelayakan Selangkah ini adalah seperti berikut:

1) Layari laman web http://www.selangkah.uitm.edu.my

2) Pilih Status Lepasan anda

  a)  Lepasan SPM (hanya untuk filter program diploma di UiTM sahaja)
  b)  Lepasan SPM IPT lain (untuk filter prgram diploma di IPT lain)
  c)  Lepasan STPM (untuk filter program Ijazah Sarjana Muda)


3) Masukkan Maklumat peperiksaan SPM/STPM


4) Print keputusan semakan kelayakan.  Pelajar dinasihatkan hanya memilih program-program yang layak sahaja semasa membuat permohonan di UPU.  Ini kerana bagi mengelakkan kerugiaan dan jangan membuat pilihan yang sama untuk kelapan-lapan.

DESTINI ANAK DESA : SYARAT-SYARAT KEMASUKAN

Kepada pelajar-pelajar lepasan SPM yang ingin melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) tetapi hanya mendapat 4 kredit sahaja masih lagi berpeluang dengan memenuhi beberapa syarat-syarat berikut.

Syarat-syarat untuk Program Destini Anak Desa ini ialah:

1)Pra Perdagangan - PD003

4 subjek mesti kredit.

Kredit - Bahasa Melayu (Wajib bagi kemasukan ke UiTM)
Lulus - Bahasa Inggeris & Matematik
Kredit - 3 subjek lain (teras atau elektif)

Pelajar yang lulus program Pra Perdagangan akan diserapkan untuk mengikuti salah satu program diploma di fakulti berikut:

Perakaunan, Pengurusan Perniagaan, Sains Pentadbiran dan Polisi, Pengurusan Hotel dan Pelancongan, Pengurusan Maklumat, Pengursan dan Teknologi Pejabat, Seni Lukis dan Seni Reka, Komunikasi dan Pengajian, Sains Sukan dan Rekreasi

2)Pra Sains - PD008

4 subjek mesti kredit.

Kredit - Bahasa Melayu (Wajib bagi kemasukan ke UiTM)
Kredit - Matematik (Wajib bagi Pra Sains)
Lulus - Bahasa Inggeris
Kredit - 2 subjek lain (teras atau elektif)

Jom Masuk U! Lebih 10,000 pengunjung kurang separuh hari!

Penat btol di KARNIVAL PENGAJIAN TINGGI Jom Masuk U di KTC....




Jom Masuk U! Lebih 10,000 pengunjung kurang separuh hari!

atoqa
2010.03.14
Babbling Baby Investor Improvement Me


Malam ni agak penat. Rancangnya mahu tido awal, tapi bila dah mula buka emel dan godek-godek internet ni, mata mula hilang mengantuk.







Pagi tadi bawa adik aku pergi “Jom Masuk U” di Kelantan Trade Center (KTC), kemudian pergi jumpa kenalan dari Ireland yang sambung master di USM Kubang Kerian..borak-borak dengan dia di Ani Sup Utara Kubang Kerian kemudian ke Mydin Hypermart sekejap untuk beli barang-barang rumah. Kemudian pergi ke KTC lagi, jumpa bekas pensyarah aku di Universiti Teknologi MARA (UiTM), En Haron.



Balik rumah kemudian jumpa dengan bapa kepada enam orang pelajar dari Thailand yang akan menginap di rumah aku nanti. Mereka akan duduk di Kota Bharu untuk dua bulan bagi kursus Bahasa Inggeris di sini. Dari percakapan mereka, aku tahu mereka ni macam bapa-bapa yang bagus dan mahu anak-anak mereka tinggal dengan Muslim juga. Kemudian jumpa pula empat orang lelaki iaitu dua orang dari China dan selebihnya lelaki tempatan..semuanya pelancong-pelancong asing, pelajar asing yang belajar di sini. Patutla aku sibuk sikit, rupanya sekarang dah cuti sekolah!



Makin sesaklah Kota Bharu dalam minggu ni, sebabnya..aku dimaklumkan hotel-hotel di Kota Bharu dah penuh! Penuh la..kerana ada beberapa event besar dua tiga hari ni di tambah pula dengan cuti sekolah. Patutlah tadi, punyalah ramai orang di Karnival Jom Masuk U! Penolong pendaftar UiTM Machang maklumkan, karnival itu menerima lebih 10,000 pengunjung dalam masa separuh hari sahaja! Pergh! Beliau kata, di tempat lain untuk dapat 10,000 pengunjung perlukan masa 2 hari tapi kat sini cuma separuh hari.



Aku bayangkan, tahun depan Jom Masuk U kena buat di stadium pulak. Tahun sebelum ni, Jom Masuk U di buat di Dewan Profesional di UiTM Machang, tapi sebab padat maka tahun ni dipindahkan ke Kelantan Trade Center. Pun masih tak mampu menampung jumlah pengunjung yang ramai. So, tahun depan kena buat di stadium lah! Tambah ramai-ramai sukarelawan dan besarkan saiz setiap booth.



PS: Sesiapa yang berminat ke UiTM, boleh ke Karnival Selangkah ke UiTM di UiTM Kampus Machang pada 16-18 Mac ini, bertempat di Kompleks Akademik D. Pada masa yang sama, kepada pelajar lepasan universiti yang berminat dengan perniagaan macam program mentor, boleh ke Karnival Tunas Mekar di tempat yang sama pada tarikh yang sama.



Baguskah UiTM?



Aku produk UiTM, produk Diploma Perakaunan dan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan UiTM. Semua kandungan blog ini, perniagaan ini, pelaburan ini…itu dan ini..hatta belajar Joomla dan Wordpress, Forex, malah communication skill pun semuanya dari UiTM. Pandai-pandailah kamu dekati pensyarah-pensyarah kamu, supaya mereka sudi ajar sesuatu di luar bidang. Mereka juga mahu seseorang untuk sharing ilmu yang mereka ada. Our lecturers are more than willing to teach you. Betapa aku bertuah jadi produk UiTM.

Selangkah ke UITM di Jeli.

Selangkah Ke UiTM Pada 19 dan 20 Mac ini.

Macam tidak percaya Haji Zahari [HEP] masuk web. Promotin baik punya...hehe.. Semoga semua nya berjalan dengan lancar amee......n
Sumber: http://www.umnojeli.net/eBuletin/tabid/72/EntryID/1898/Default.aspx

Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli

Posted by: umnojeli_admin 04 Mac 2010







Selangkah ke UITM pada 19 dan 20 Mac ini.



BUKIT NANGKA, 4 MAC 2010 - Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 dan 2009 berpeluang melangkah ke universiti apabila Universiti Teknologi MARA (UiTM ) dengan kerjasama UMNO Bahagian Jeli akan menjayakan program Selangkah Ke UiTM pada 19 dan 20 Mac ini.



Kordinator Pusat Pembangunan Komuniti dan Usahawan (PPKU) Kampus Cawangan Machang, Zahari Yusof berkata, objektif utama program yang dirangka bertujuan memberi maklumat jelas berkaitan peluang-peluang kemasukan dan kelebihan yang ada di UiTM.



Menurutnya, menerusi program ini maklumat dapat disalurkan dengan lebih baik kepada pelajar-pelajar sekolah menengah di parlimen ini.



"Program ini diharapkan dapat menjana kemasukan lebih ramai pelajar-pelajar lepasan SPM dari sekolah-sekolah menengah parlimen Jeli seterusnya membantu merealisasikan sasaran 200,000 pelajar UiTM menjelang 2015.



"Pada tahun kita pihak kami mensasarkan 500 pelajar lepasan SPM dapat didaftarkan dan hasil maklumat program dijayakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ayer Lanas sebelum ini menunjukkan seramai 110 pelajar parlimen ini berjaya didaftarkan dan mengikuti pelbagai kursus yang ditawarkan,"katanya.



Kata beliau, harapan UiTM pada kali ini cukup besar untuk kita daftarkan sejumlah yang mungkin pelajar-pelajar lepasan SPM di sini dan program itu nanti akan direncanakan di PPKU dan Kompleks UMNO Bahagian Jeli bermula jam 8.30 pagi hingga 5 petang.



"Lepasan SPM, ibu bapa dan orang ramai dijemput hadir ke program ini kerana kita turut merangka pengisian menarik antaranya sesi kaunseliang bersama pensyarah UiTM, pendaftaran kemasukan secara online dan taklimat kemasukan ke UiTM.



"Di samping itu, cenderahati turut disediakan pada sesi itu nanti dan pelajar-pelajar diingatkan supaya membawa kad pengenalan beserta salinan, slip keputusan SPM 2008 dan 2009 beserta salinan dan sijil-sijil berkaitan,"katanya.

Ekspo Selangkah ke UiTM 2010 & Karnival Tunas Mekar (UiTM Machang)

PRA-DIPLOMA UiTM KINI PERCUMA.....lepasan SPM perlu segera sebelum tutup tarikh permohonan

UiTM kaji genome Melayu guna profil DNA

Sumber: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Pendidikan/20100302072947/Article/index_html 

 

Pertama di dunia

Oleh Khairina Yasin
kayrina@bharian.com.my

UiTM kaji genome Melayu guna profil DNA

UNIVERSITI Teknologi Mara (UiTM) bakal membawa pembaharuan dalam bidang perubatan dunia menerusi projek penyelidikan genome Melayu pertama di dunia yang kini dilaksanakan penyelidik Fakulti Perubatan universiti itu.

Naib Canselornya, Prof Datuk Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar, berkata kajian itu membolehkan penyelidik mencirikan pelbagai struktur genetik genome untuk diguna pakai dalam penyelidikan perubatan dan genetik pada masa depan.

Dalam konteks masyarakat Melayu, katanya, kajian itu juga dapat meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai genome orang Melayu menerusi kehadiran gen.

“Selain itu, dapatan kajian itu juga mampu mencirikan asal usul orang Melayu berdasarkan profil DNA yang diperoleh.

“Malah secara tidak langsung, ia dapat membantu pakar farmasi menyediakan ubat-ubatan bersesuaian dengan penyakit yang biasa dikaitkan dengan genome Melayu ini,” katanya pada majlis perasmian kampus UiTM Puncak Alam, baru-baru ini.
Penyelidikan genome merujuk kepada penyelidikan berkaitan set asas haploid kromosom sesuatu organisma pada manusia.

Sahol berkata, projek penyelidikan itu dilaksanakan di Kampus Puncak Alam yang kini menjadi tapak penyelidikan dalam bidang sains dan perubatan berkonsepkan genome Melayu.

Katanya, kampus itu dipilih sebagai tapak penyelidikan yang turut menempatkan Fakulti Perubatan bersesuaian dengan keunikan dan kelestarian ruang serta alam semula jadinya yang menghijau.

“Kita merancang untuk memiliki hospital pengajar sendiri bagi menjamin kualiti program dan penyelidikan perubatan yang lebih sistematik selain menempatkan pusat penyelidikan berkaitan khususnya Centre for Translational Research bagi memantapkan penyelidikan klinikal.
“Justeru, kita berharap agar pihak kerajaan dapat memberi kelulusan dan peruntukan segera bagi merealisasikan cadangan penubuhan hospital di Kampus Puncak Alam sebagai kemudahan latihan klinikal kepada pelajar dan pensyarah,” katanya.

Dengan adanya kemudahan itu dan kurikulum mantap dan terkini, beliau yakin dapat mengeluarkan 2,000 doktor Melayu dalam tempoh lima tahun lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, katanya, Fakulti Perubatan UiTM bekerjasama dengan Lembaga Bersama Perubatan menawarkan kursus pasca siswazah profesional dalam bidang perubatan, mulai Julai ini.

Katanya, kejayaan penawaran program itu adalah satu pengiktirafan kepada fakulti terbabit hasil peningkatan inovasi menerusi kurikulum mantap dan terkini.

“Walaupun baru berusia lima tahun, pencapaian itu membuktikan penekanan kita kepada aspek kualiti selain sokongan barisan tenaga akademik kanan berpengalaman dari dalam dan luar negara yang turut dilantik sebagai Profesor Adjung,” katanya.

TIADA LAGI PRA-PENDAFTARAN BAGI PELAJAR UiTM - Pasti mereka merindui saat pra-pendaftaran

 Prosedur pendaftaran kursus bagi pelajar UiTM telah di murnikan bagi melancarkan lagi pengurusan universiti dan proses pendaftaran kursus pelajar.  Prosedur baru ini tidak akan melibatkan pra-pendaftaran kursus seperti semester-semester lepas, tetapi pelajar dikehendaki untuk mendaftar terus kursus yang dijangka diambil bagi semester hadapan.  Proses ini akan dilaksanakan sepenuhnya untuk pendaftaran kursus bagi sesi Julai - November 2010.

Berikut merupakan maklumat lengkap berkaitan prosedur baru tersebut:-

Taklimat 2 - Bi (New Registration Prosedure

PERBEZAAN TEMPAT KERJA DAN PENJARA....YANG MANA LAGI BEST????

DALAM PENJARA - masa dihabiskan dalam bilik berukuran 8'X10' .
TEMPAT KERJA  - masa dihabiskan dalam partition 6'X8'

DALAM PENJARA - dapat makan 3 kali - free

    TEMPAT KERJA - dapat makan mungkin 1 kali atau 2 kali, itu pun kena bayar sendirI

DALAM PENJARA  - dapat time off  jika berkelakuan baik.                        
 TEMPAT KERJA dapat kerja lebih jika berkelakuan baik   

DALAM PENJARA - pengawal akan kunci dan buka pintu untuk anda ..                                            
 TEMPAT KERJA - sendiri mesti jaga, pintu sendiri buka dan kunci, khususnya pintu tandas  .
DALAM PENJARA - boleh menonton TV dan play games .

TEMPAT KERJA - awak akan dipecat jika asyik tengok TV atau play games .

DALAM PENJARA - kaum keluarga dan sahabat dibenarkan melawat..
TEMPAT KERJA - Tidak dibenarkan menerima pelawat daripada kaum keluarga..  

DALAM PENJARA - masa dihabiskan dalam bilik berukuran 8'X10' .
TEMPAT KERJA  - masa dihabiskan dalam partition 6'X8'


DALAM PENJARA - dapat makan 3 kali - free
TEMPAT KERJA - dapat makan mungkin 1 kali atau 2 kali, itu pun kena bayar sendirI

DALAM PENJARA  - dapat time off  jika berkelakuan baik.                        

 TEMPAT KERJA dapat kerja lebih jika berkelakuan baik   

DALAM PENJARA - pengawal akan kunci dan buka pintu untuk anda ..                                            

 TEMPAT KERJA - sendiri mesti jaga, pintu sendiri buka dan kunci, khususnya pintu tandas  .
DALAM PENJARA - boleh menonton TV dan play games .
TEMPAT KERJA - awak akan dipecat jika asyik tengok TV atau play games .

DALAM PENJARA - kaum keluarga dan sahabat dibenarkan melawat..
TEMPAT KERJA - Tidak dibenarkan menerima pelawat daripada kaum keluarga..  

DALAM PENJARA - semua perbelanjaan ditanggung kerajaan tanpa perlu buat kerja
TEMPAT KERJA - semua perbelanjaan kena bayar sendiri, kena kerja untuk dapat duit, bayar cukai untuk digunakan oleh banduan dalam penjara 


Humm?

Mana tempat lebih baik ????

tunggu apa lagi .........

Berhenti lah kerja dan masuk penjara...

IKLAN JAWATAN KOSONG DI UiTM KELANTAN Machang 2010

Lawatan Rasmi Dato'VC [Y.Bhg. Dato' Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar] Ke UiTM Kelantan pada 31hb Jan 2010

Lawatan Rasmi Dato'VC Ke UiTM Kelantan pada 31hb Jan 2010

http://picasaweb.google.com/inersisham84/LawatanRasmiDatoVCKeUiTMKelantanPada31hbJan201002?feat=directlink

SEMUA PELAJAR UiTM AKAN MERINDUI PRA-PENDAFTARAN KURUS KERANA TIADA LAGI PRA PENDAFTARAN KURSUS