Showing posts with label RAKAN HEA UITM KELANTAN. Show all posts
Showing posts with label RAKAN HEA UITM KELANTAN. Show all posts

Wajah-Wajah Penerima Baucer Buku 1 Malaysia | UiTM Kelantan


Alhamdulillah Majlis Penyerahan Baucer Buku 1 Malaysia UiTM Cawangan Kelantan selesai sudah.  Dalam perancangan tempoh yang terhad UiTM Cawangan Kelantan berjaya menyelesaikan tanggungjawab penyerahan dengan kerjasama semua pihak.  
92% pengagihan berjaya dilakukan kepada semua pelajar UiTM Kelantan.  Kejayaan ini adalah hasil usaha sama semua pihak dan tahap disiplin yang tinggi ditonjolkan oleh mahasiswan Cawangan Kelantan.  Semoga kerjasama ini boleh dipertahankan dan dipertingkatkan lagi dari masa ke semasa.  

Harapan, penerima-penerima baucer dapat menggunakan baucer tersebut sebaik mungkin.  Tahniah semua.  Khasnya sukarelawan-suakarelawan yang banyak membantu menyelesaikan masalah tanpa pemantauan. 

Ramai-Ramai Sertai Group Rakan HEA | UiTM Kelantan

Assalamualaikum w.b.t.  HEA UiTM Kelantan create group Rakan HEA UiTM Kelantan untuk bersama-sama berdiskusi dan berbicara berkenaan akademik.  

http://www.facebook.com/groups/rakanheauitmkelantan/
Group ini bertujuan mempercepatkan urusan dan sebagai altenatif kepada kaunter sedia ada di pejabat HEA UiTM Cawangan Kelantan. Ia juga diwujudkan bagi membentuk komuniti akademik yang erat dan mesra  dalam menambah baik sistem pengurusan.  Sebarang komen yang membangun akan dinilai dan kritikan yang langsung tidak membina yang merosakkan hubung silaturrahim akan dipantau oleh pihak admin.


Kepada rakan-rakan HEA UiTM Kelantan yang dah join saya ucapkan tahniah dan kepada pelajar-pelajar lain yang belum join boleh lakukan dengan segera.  Mohon juga anda memaklumkan tentang kewudukan group facebook ini.  Semoga ia bermanfaan kepada semua.  Klik sini untuk ke Facebook Rakan HEA UiTM Kelantan.

p/s:  Setakat entry ini ditulis, jumlah ahli telah mencecah seramai 3,910.

Terima Kasih Kepada Semua Yang Terlibat | Majlis Penyerahan Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M) UiTM Kelantan

Terima kasih kepada semua sukarelawan yang mengorbankan tenaga, masa, dll.  Semoga semua usaha tuan-tuan, puan-puan, cik puan - cik puan penuh dengan keikhlasan.  Tidak lupa juga kepada Pensyarah-pensyarah, kakitangan bukan akademik yang membantu serta semua warga UiTM Kelantan yang membantu memberi kerjasama dan disiplin yang tinggal.  Menggambarkan anda semua adalah mahasiswa universiti.

p/s: *Mohon bantuan anda semua untuk semak nama betul atau tidak dan semak ada lagi yang tertinggal? Kepada yang bertugas sebagai sukarelawan majlis penyerahan baucer buku 1 malaysia (BB1M) tetapi tidak terdapat nama disini mohon untuk hubungi saya segera dengan inbox. semak juga untuk rakan-rakan anda.  Sekiranya tidak bertugas tetapi ada nama juga maklumkan.


maaf, ini jer gambar yang saya sempat tangkap.

Tahniah kepada semua.  Anda adalah yang terbaik.  InsyAllah ada ruang kita akan umumkan untuk yang terpilih ke program selangkah ke UiTM.

BIL NAMA
1 MOHAMMAD MAHFUZ B LADIN
2 NURHAZIRAH BT MOHD RADZI
3 MAZNI FAREEHA BT YAHANI
4 SURYANA BT MD YASIN
5 HUDA HUSNA BT RUSLI
6 MUHAMMAD AMIR HAMZAH ABD MAJID


BIL NAMA
1 HUWAINA ATTIQAH BT BAHARUDIN
2 NURUL SYARAFINA BT MOHD IZAMAN
3 RIFDIEN HASYRAF BIN ROSDIAN
4 MOHD ASRI BIN RAZMI
5 MUHAMMAD SALIHIN BIN RAZALI
6 IQBAR BIN CHE HANAH

BIL NAMA
1 ZAIFARHANI BT MAT MIN
2 LILY HAFIZA BT AZAN
3 NURUL FATIHAH BT MOHD NAWI
4 FAIZATUL AIN BT MOHD SHUKRI
5 NUR AMALINA BT MOHAMED
6 NURUL AIENA BT MOHD NOR
7 FARAH ATIKAH BT ZULKIPLI
8 NURUL AMANINA BT LOKMAN
9 NUR AFIQAH BT AHMAD SAFFRI
10 SITI NURAIN BT MOHD ABU BAKAR
11 NUR SYAHIRAH BT ABDUL GHANI
12 NOR ARTIKA BT MONIR

BIL NAMA
1 MOHD FAIZ BIN MAIYUDIN
2 KHAIRUL NA'IM BIN RAMLI
3 MOHAMAD SYAHIR BIN ROSLI
4 ALIATUL HUDA BT AZRI


BIL NAMA
1 MUHAMMAD FAHMI BIN MOHD FAUZI
2 MUHAMMAD BIN ABU HASHIM
3 MUHAMMAD HAZIM BIN YANAN @ ADNAN
4 HAZWANI BT ARSHAD
5 FATIN AMIRAH BT HARIS FAZAIL

BIL NAMA
1 SHARIFAH SHIEHA BT SYED MOHD
2 ABU HANIFAH BIN ABDUL KARIM
3 TENGKU IZWAN FAREED BIN TENGKU ISMAIL

BIL NAMA
1 NADIA BT HJ MAT SALLEH
2 SITI NOR FATIHAH BT AB WAHAB
3 CHE NUR SHALWANIE BT CHE ROHIMI
4 NIK AYESHA SYAKIRA BT NIK MOHAMMED AINUL AZLAN
5 AIMY NABILAH BT HUSSAIN
6 WAN NOORBAINI BT WAN NGAH
7 WAN NURUL NAJIHAH BT WAN ABDUL HALIM
8 NURUL AIN BT MOHAMMAD RAZALI
9 NORBASYIRAH BT HASSAN

BIL NAMA
1 NORRAI BT NGAH
2 NOR ANISAH BT MAMAT
3 NUR AZMINA BT RAZALI
4 NUR RASYIDAH BT MOHAMAD RANI
5 NURUL ASIKIN BT MALIKI
6 NUR FAIQAH AMIRAH BT MOHD ASHARI
7 MARNI AIMI BT YUSOF
8 NUR SAZNI BT IBRAHIM

BIL NAMA
1 FATIN SYAMIMI BT HASSAN
2 SITI AZILA BT MOHD RAZALI
3 NUR EZZATIE BT SUHAIMIN
4 WAN NURJAMILAH BT WAN MOHD HASBULLAH
5 NURUL BAZILAH BT ZAFARI
6 NURUL SABRINA BT MD YUSOFF 
7 NUR ASYIKIN BT JUSOF
8 SITI RASYIDAH BT MD. RUSHDI
9 SITI HAJJAR BT SUPRIADI
10 ROSMARIA ANIS BT ABD RAHMAN
11 WAN ATIQAH BT WAN MUKHTAR
12 MUNIRATUL HUSNA BT MOHAMAD ZAKI

BIL NAMA
1 NOOR ASIAH BT MOHD IDRIS
2 NOR AZIRA BT SUKARNOR

BIL NAMA
1 AHMAD ZULHUSNI BIN MOHD NASIR
2 NUR FADHILAH BT AWANG
3 MUHAMAD KAHAR BIN SALLEH
4 MUHAMMAD NAIM BIN SA'ARI
5 MOHAMAD SAFWAN BIN ABD RAHMAN
6 MOHAMAD HARRIS FITRI
7 WAN FARAH EMELEEN BT WAN MAZLAN
8 FARAH AMEERA BT ZAINAL ABIDIN
9 WARDATUL FATIMAH BT MD IBRAHIM
10 NOOR FATIHAH BT MOHD ZIN
11 NURLIYANA BT ISMAIL
12 NUR SOFEA BT MOHD NAWI
13 NUR AIDAH BT ZULKIFLI
14 NUR ASHIKIN BT ABDUL AMZAH
15 AFIQAH BT ABDUL MUNTALIB


p/s: *Mohon bantuan anda semua untuk semak nama betul atau tidak dan semak ada lagi yang tertinggal? Kepada yang bertugas sebagai sukarelawan majlis penyerahan baucer buku 1 malaysia (BB1M) tetapi tidak terdapat nama disini mohon untuk hubungi saya segera dengan inbox. semak juga untuk rakan-rakan anda.  Sekiranya tidak bertugas tetapi ada nama juga maklumkan.

Tahniah kepada semua.  Anda adalah yang terbaik.  InsyAllah ada ruang kita akan umumkan untuk yang terpilih ke program selangkah ke UiTM.

mohon juga kepada sukarelawan yang tidak mendapat nasi untuk dinner sila maklumkan segera kepada saya...

FB RAKAN HEA UiTM KELANTAN BB 1M

Senarai nama pelajar mengikut kelas dan program untuk majlis penyerahan baucer buku 1 Malaysia (BB1M) di Kompleks Akademik D pada 15hb Jan 2012 (Ahad).

Sila semak nama anda, bilik, dan angka giliran. anda akan diberi borang bewarna pink pada hari ahad untuk diisi sebelum mendapatkan baucer di setiap bilik...

Data ini akan di delete...selepas tarikh 15hb...Januari dan terhad kepada group rakan hea dan group persatuan2 akademik yang lain sahaja... .. Banucer akan diberi pada 15hb sahaja...
Untuk memudahkan proses pencarian.  Tekan keyboard ctrl+F. 
   Fb Rakan Hea Bb 1m 15hb Jan 2012

Jom Masuk U! Lebih 10,000 pengunjung kurang separuh hari!

Penat btol di KARNIVAL PENGAJIAN TINGGI Jom Masuk U di KTC....




Jom Masuk U! Lebih 10,000 pengunjung kurang separuh hari!

atoqa
2010.03.14
Babbling Baby Investor Improvement Me


Malam ni agak penat. Rancangnya mahu tido awal, tapi bila dah mula buka emel dan godek-godek internet ni, mata mula hilang mengantuk.







Pagi tadi bawa adik aku pergi “Jom Masuk U” di Kelantan Trade Center (KTC), kemudian pergi jumpa kenalan dari Ireland yang sambung master di USM Kubang Kerian..borak-borak dengan dia di Ani Sup Utara Kubang Kerian kemudian ke Mydin Hypermart sekejap untuk beli barang-barang rumah. Kemudian pergi ke KTC lagi, jumpa bekas pensyarah aku di Universiti Teknologi MARA (UiTM), En Haron.



Balik rumah kemudian jumpa dengan bapa kepada enam orang pelajar dari Thailand yang akan menginap di rumah aku nanti. Mereka akan duduk di Kota Bharu untuk dua bulan bagi kursus Bahasa Inggeris di sini. Dari percakapan mereka, aku tahu mereka ni macam bapa-bapa yang bagus dan mahu anak-anak mereka tinggal dengan Muslim juga. Kemudian jumpa pula empat orang lelaki iaitu dua orang dari China dan selebihnya lelaki tempatan..semuanya pelancong-pelancong asing, pelajar asing yang belajar di sini. Patutla aku sibuk sikit, rupanya sekarang dah cuti sekolah!



Makin sesaklah Kota Bharu dalam minggu ni, sebabnya..aku dimaklumkan hotel-hotel di Kota Bharu dah penuh! Penuh la..kerana ada beberapa event besar dua tiga hari ni di tambah pula dengan cuti sekolah. Patutlah tadi, punyalah ramai orang di Karnival Jom Masuk U! Penolong pendaftar UiTM Machang maklumkan, karnival itu menerima lebih 10,000 pengunjung dalam masa separuh hari sahaja! Pergh! Beliau kata, di tempat lain untuk dapat 10,000 pengunjung perlukan masa 2 hari tapi kat sini cuma separuh hari.



Aku bayangkan, tahun depan Jom Masuk U kena buat di stadium pulak. Tahun sebelum ni, Jom Masuk U di buat di Dewan Profesional di UiTM Machang, tapi sebab padat maka tahun ni dipindahkan ke Kelantan Trade Center. Pun masih tak mampu menampung jumlah pengunjung yang ramai. So, tahun depan kena buat di stadium lah! Tambah ramai-ramai sukarelawan dan besarkan saiz setiap booth.



PS: Sesiapa yang berminat ke UiTM, boleh ke Karnival Selangkah ke UiTM di UiTM Kampus Machang pada 16-18 Mac ini, bertempat di Kompleks Akademik D. Pada masa yang sama, kepada pelajar lepasan universiti yang berminat dengan perniagaan macam program mentor, boleh ke Karnival Tunas Mekar di tempat yang sama pada tarikh yang sama.



Baguskah UiTM?



Aku produk UiTM, produk Diploma Perakaunan dan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan UiTM. Semua kandungan blog ini, perniagaan ini, pelaburan ini…itu dan ini..hatta belajar Joomla dan Wordpress, Forex, malah communication skill pun semuanya dari UiTM. Pandai-pandailah kamu dekati pensyarah-pensyarah kamu, supaya mereka sudi ajar sesuatu di luar bidang. Mereka juga mahu seseorang untuk sharing ilmu yang mereka ada. Our lecturers are more than willing to teach you. Betapa aku bertuah jadi produk UiTM.

TIADA LAGI PRA-PENDAFTARAN BAGI PELAJAR UiTM - Pasti mereka merindui saat pra-pendaftaran

 Prosedur pendaftaran kursus bagi pelajar UiTM telah di murnikan bagi melancarkan lagi pengurusan universiti dan proses pendaftaran kursus pelajar.  Prosedur baru ini tidak akan melibatkan pra-pendaftaran kursus seperti semester-semester lepas, tetapi pelajar dikehendaki untuk mendaftar terus kursus yang dijangka diambil bagi semester hadapan.  Proses ini akan dilaksanakan sepenuhnya untuk pendaftaran kursus bagi sesi Julai - November 2010.

Berikut merupakan maklumat lengkap berkaitan prosedur baru tersebut:-

Taklimat 2 - Bi (New Registration Prosedure

The Making Of LAWATAN Datuk Profesor Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar

Kompleks Akademik D, UiTM Kelantan - Bermula pukul 8:30 pagi tadi (Sabtu, 30 Januari 2010) beberapa kakitangan UiTM Kelantan bertungkus-lumus membuat persediaan rapi bagi menyambut kedatangan VC UiTM baru iaitu Datuk Profesor Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar.  Persiapan di bilik Auditorium 300 (AU-300) dan Auditorium 200 (AU-200) berlanjutan sehingga pukul 5:00petang. Diantara kakitangan yang bekerja keras adalah En.Pudin, En. Hasmizi, En. Fatah, En. Hasfarizal, En. Maarof, En. Fendi, En. Zahrol, En. Kimi, dan beberapa kakitangan lagi. Maaf sekiranya tidak disebut disini. 

Mereka bertanggungjawab memastikan lintas-langsung amanat VC UiTM di AU-200 berjaya disiarkan secara langsung dari AU-300.  Proses persiapan teknikal ini memerlukan kemahiran yang tinggi bagi memastikan kesilapan teknikal semasa amanat yang disampaikan esok dapat diminimumkan.  Berikut beberapa gambar yang sempat di rakam.

 
tengah pasang cable internet kot?

 
proses pematrian

 
Rack untuk P.A. sistem, siap dengan DVD player. port USB, Cordless Mic dan macam-macam lagi yang canggih.

 
Tuan Zahrol pening memikirkan apa pun tak pasti.

 
Harap-harap esok program dapat berjalan dengan lancar

 
 Terlalu banyak cable yang digunakan sehingga ada yang perlu disambung bagi memastikan AU-300 dan AU-200 dapat berhubung

 
Esok, disinilah buat pertama kali VC UiTM baru akan member amanat.

Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar , Naib Canselor UiTM terbaru

Tahun baru diraikan dengan VC baru sebagai hadiah kepada seluruh warga UiTM.  Kembalinya beliau kedalam UiTM dengan penuh pengharapan supaya dapat diteruskan perjuangan yang semakin mantap.  Petikan dibawah diambil dari Blog Pelajar UiTM.

Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar , Naib Canselor UiTM terbaru

PUTRAJAYA: Pengarah Pejabat Pengurusan Program, Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Profesor Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar telah dilantik sebagai naib canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang baru berkuatkuasa hari ini (1 Januari 2010).

Pelantikan beliau adalah untuk tempoh dua tahun. Surat pelantikan beliau telahpun ditandatangani oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Prof Dr Sahol akan mengantikan Tan Sri Profesor Dr Ibrahim Abu Shah yang telah berkhidmat sebagai naib canselor sejak 1 Januari 2001.

Pelantikan Prof Dr Sahol juga boleh diibaratkan sebagai sirih pulang ke gagang memandangkan beliau telah berkhidmat lebih 30 tahun di universiti itu dalam pelbagai kapasiti antaranya ketua Jabatan Kejuruteraan Awam, Dekan dan Ketua Kampus UiTM Pulau Pinang.

Jawatan terakhir beliau di UiTM ialah sebagai timbalan naib canselor (akademik) sebelum dipinjamkan ke Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia pada tahun 2008.

Malah Prof Dr Sahol merupakan anak kelahiran UiTM sendiri. Beliau adalah graduan kejuruteraan awam UiTM, menyertai universiti itu pada tahun 1971 sehinggalah tamat pengajian diploma lanjutan kejuruteraan awam pada tahun 1976.

Beliau terus kekal di UiTM sebagai tenaga pengajar di Sekolah/Fakulti Kejuruteraan.

Pada tahun 1980, Prof Dr Sahol berjaya memperolehi dua ijazah sarjana sains serentak - satu dalam bidang kejuruteraan awam dan satu lagi dalam bidang ekonomi daripada Colorado State University, Amerika Syarikat.

Dan pada tahun 1992, beliau memperolehi ijazah sarjana kedoktoran dalam kejuruteraan awam daripada University of Sussex, United Kingdom.

Dengan kelayakannya itu, beliau telah diterima sebagai seorang jurutera profesional oleh Lembaga Jurutera Malaysia.

Beliau juga diterima sebagai Fellow di Institution of Engineers, Malaysia (1999) dan Fellow di Academy of Science, Malaysia (2003).

- MStar ( Sumber : http://bloggeruitm.blogspot.com/2009/12/prof-dr-sahol-hamid-abu-bakar-naib.html )


Tahniah dan Penghargaan diucapkan kepada Tan Sri Dato’ Sri Prof Dr Ibrahim Abu Shah 
diatas jasa beliau dan revolusi terhadap ITM kepada UiTM.

PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO [RAKAN HEA UiTM KELANTAN] - Hadiah Menarik Menanti Anda

Makluman terkini untuk semua RAKAN HEA UiTM KELANTAN 


 Pihak Pengurusan dan Penasihat RAKAN HEA UiTM KELANTAN mengalu-ngalukan kepada semua ahli untuk menyertai pertandingan mencipta logo RAKAN HEA UiTM KELANTAN. Penyertaan adalah terhad kepada semua ahli yang telah mengisi borang keahlian di Kaunter Pejabat HEA.

Kepada semua ketua kelas UiTM Kelantan yang masih belum mengisi borang keahlian bolehlah berbuat demika., Kerjasama anda amatlah diperlukan bagi melancarkan lagi proses pendaftaran pendaftaran kursus.  Pertandingan ini diwujudkan bagi mencungkil bakat-bakat terpendam dikalangan RAKAN HEA yang mempunyai daya pemikiran yang kreatif.

Logo yang terpilih bakal mendapat hadiah MISTERI dari pihak pentadbiran HEA UiTM Kelantan serta logo tersebut bakal menjadi logo rasmi organisasi yang baru ditubuhkan bagi sesi Disember 2009 - April 2010. 

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN:
  • Karya yang dihasilkan mestilah asli
  • Hanya Rakan HEA yang telah mengisi borang sahaj layak untuk menyertai pertandigan
  • Konsep rekaan haruslah bertemakan Akademik & Teknologi mengikut kreativiti sendiri dan penggunaan warna adalah bebas
  • Karya akan dinilai mengikut kesesuaian tema dan penggunaan ayat yang menarik
  • Hasil karya haruslah dihantardalam bentuk softcopy dan bercetak di Kaunter HEA UiTM Kelantan
  • Karya yang terpilih bakal dijadikan logo rasmi RAKAN HEA
  • Tarikh tutup penyertaan : 8 FEBRUARI 2010 (Sebelum Pukul 5:00 petang) : Bersamaan dengan tarikh akhir proses validasi pendaftaran kursus.
  • Hadiah MISTERI tajaan HEA UiTM Kelantan akan disampaikan pada perjumpaan ke-2 RAKAN HEA
DAFTAR SEGERA SEBAGAI RAKAN HEA!!!!
SUMBANGAN IDEA ANDA BAKAL MENJADI SEJARAH

"RAKAN HEA PENCETUS REVOLUSI KECEMERLANGAN"