Jom Masuk U! Lebih 10,000 pengunjung kurang separuh hari!

Penat btol di KARNIVAL PENGAJIAN TINGGI Jom Masuk U di KTC....




Jom Masuk U! Lebih 10,000 pengunjung kurang separuh hari!

atoqa
2010.03.14
Babbling Baby Investor Improvement Me


Malam ni agak penat. Rancangnya mahu tido awal, tapi bila dah mula buka emel dan godek-godek internet ni, mata mula hilang mengantuk.







Pagi tadi bawa adik aku pergi “Jom Masuk U” di Kelantan Trade Center (KTC), kemudian pergi jumpa kenalan dari Ireland yang sambung master di USM Kubang Kerian..borak-borak dengan dia di Ani Sup Utara Kubang Kerian kemudian ke Mydin Hypermart sekejap untuk beli barang-barang rumah. Kemudian pergi ke KTC lagi, jumpa bekas pensyarah aku di Universiti Teknologi MARA (UiTM), En Haron.



Balik rumah kemudian jumpa dengan bapa kepada enam orang pelajar dari Thailand yang akan menginap di rumah aku nanti. Mereka akan duduk di Kota Bharu untuk dua bulan bagi kursus Bahasa Inggeris di sini. Dari percakapan mereka, aku tahu mereka ni macam bapa-bapa yang bagus dan mahu anak-anak mereka tinggal dengan Muslim juga. Kemudian jumpa pula empat orang lelaki iaitu dua orang dari China dan selebihnya lelaki tempatan..semuanya pelancong-pelancong asing, pelajar asing yang belajar di sini. Patutla aku sibuk sikit, rupanya sekarang dah cuti sekolah!



Makin sesaklah Kota Bharu dalam minggu ni, sebabnya..aku dimaklumkan hotel-hotel di Kota Bharu dah penuh! Penuh la..kerana ada beberapa event besar dua tiga hari ni di tambah pula dengan cuti sekolah. Patutlah tadi, punyalah ramai orang di Karnival Jom Masuk U! Penolong pendaftar UiTM Machang maklumkan, karnival itu menerima lebih 10,000 pengunjung dalam masa separuh hari sahaja! Pergh! Beliau kata, di tempat lain untuk dapat 10,000 pengunjung perlukan masa 2 hari tapi kat sini cuma separuh hari.



Aku bayangkan, tahun depan Jom Masuk U kena buat di stadium pulak. Tahun sebelum ni, Jom Masuk U di buat di Dewan Profesional di UiTM Machang, tapi sebab padat maka tahun ni dipindahkan ke Kelantan Trade Center. Pun masih tak mampu menampung jumlah pengunjung yang ramai. So, tahun depan kena buat di stadium lah! Tambah ramai-ramai sukarelawan dan besarkan saiz setiap booth.



PS: Sesiapa yang berminat ke UiTM, boleh ke Karnival Selangkah ke UiTM di UiTM Kampus Machang pada 16-18 Mac ini, bertempat di Kompleks Akademik D. Pada masa yang sama, kepada pelajar lepasan universiti yang berminat dengan perniagaan macam program mentor, boleh ke Karnival Tunas Mekar di tempat yang sama pada tarikh yang sama.



Baguskah UiTM?



Aku produk UiTM, produk Diploma Perakaunan dan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan UiTM. Semua kandungan blog ini, perniagaan ini, pelaburan ini…itu dan ini..hatta belajar Joomla dan Wordpress, Forex, malah communication skill pun semuanya dari UiTM. Pandai-pandailah kamu dekati pensyarah-pensyarah kamu, supaya mereka sudi ajar sesuatu di luar bidang. Mereka juga mahu seseorang untuk sharing ilmu yang mereka ada. Our lecturers are more than willing to teach you. Betapa aku bertuah jadi produk UiTM.

Related Post

Jom Masuk U! Lebih 10,000 pengunjung kurang separuh hari! saljuhumairah Rating: 5 Tuesday, March 16, 2010

1 comment: