Setelah 3 tahun berkhidmat didalam bidang akademik saya tak pernah terlepas menjadi urusetia Karnival Pengajian Tinggi Negara untuk Booth UiTM. Slogan yang biasa kita dengar setiap tahun "Jom Masuk U" ini mengumpul IPTA dan IPTS seluruh Malaysia. Ia dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi setiap tahun.
Tahun 2012 Negeri Pahang dijadikan tempat majlis pelancaran pembukaan yang akan diadakan pada 14-15 Januari 2012 dan diikuti oleh negeri-negeri lain. Tarikh penganjuran setiap negeri berbeza membolehkan sesiapa yang terlepas tarikh boleh pergi ke Negeri lain.
Kalau di Kelantan kebiasaan akan dibuat di Kelantan Trade Center (KTC) bersebelahan Stadium Kelantan. Tahun 2012 ia telah diubah ke Perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV Kota Bharu, Kelantan yang akan diadakan pada 25 - 26 Febuari 2012. InsyaAllah saya akan berada disana sebagai urusetia booth UiTM Cawangan Kelantan sebagai wakil kepada UiTM Iinduk.
Berikut adalah jadual tarikh dan tempat karnival seluruh Malaysia.
p/s: Pelajar lepasa SPM digalakkan hadir untuk mendapatkan khidmat nasihat dalam pemilihan program di Universiti. Orang juga dijemput untuk mendapatkan maklumat yang tepat mengikut universiti-universiti yang diminati.
Share |
Related Post
karnival jom masuk u
karnival pengajian tinggi 2012
jom masuk u 2012
No comments: