Showing posts with label ekspo selangkah ke UiTM. Show all posts
Showing posts with label ekspo selangkah ke UiTM. Show all posts

Jawatan Kosong di UiTM | Due Date 23 May 2011

Jawatan Kosong Akademik. Kepada graduan yang masih menganggur digalakkan memohon. Berkhidmat untuk UiTM.

Sumber: http://www.uitm.edu.my

Sila klik link dibawah untuk download iklan.

Job Vacancy (Administration & Academic)

Attention: open in a new window.   
Job Vacancy (Administration & Academic) Faculty of Medicine
For more information please download details :

Semak Status Permohonan | Pra Diploma UiTM 2011

Keputusan Permohonan Pra Diploma UiTM 2011 dan keluar..

Orang ramai yang membuat permohonan samaada online atau isi borang offline boleh lah semak status permohonan masing-masing kat sini: Semak Status Permohonan

Just masukkan no. ic masing di link kat atas.



Program Pra Diploma Perdagangan/Pra Diploma Sains
Program Pra Diploma Perdagangan/Pra Diploma Sains Semester 1 2011/2012.
  Sila Masukkan Maklumat Berikut:
  No K/P Baru :
  Contoh : 831015015457
 * Untuk Tentera / Polis sila masukkan No ID sama semasa anda memohon.
    

LAPORAN SINAR HARIAN : 40 belia sahut Karnival ‘Selangkah ke Universiti’

Sumber : http://www.sinarharian.com.my/kelantan/content/story7198389.asp

40 belia sahut Karnival ‘Selangkah ke Universiti’


KAMPUNG KUBANG BATANG - Kira-kira 40 belia lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) menyertai Karnival ‘Selangkah ke UiTM’ sebagai suntikan semangat melanjutkan pelajaran ke universiti serta merasai kehidupan sebagai mahasiswa apabila menjejakkan kaki ke Universiti Teknologi Mara UiTM Machang.

Pengerusi Persatuan Belia Bestari Kampung Menjual (BBKM), Muhammad Arif Husin berkata, bagi merealisasikan impian mereka, Penaung BBKM, Mohd Rosdi Abd Aziz menyediakan bas disewa khas untuk membawa mereka ke UiTM Machang bagi mengikuti Karnival ‘Selangkah ke UiTM’ yang dianjurkan oleh universiti tersebut.

Menurutnya, BBKM mengambil inisiatif dengan mengumpul belia dan beliawanis di sekitar Kampung Menjual ini untuk membantu mereka yang tidak berkemampuan untuk ke UiTM Machang dengan pengangkutan sendiri.

“Memang banyak manfaatnya dengan mengikuti karnival ini kerana mereka bukan sahaja diberi tunjuk ajar bagaimana untuk mengisi Borang UPU secara online, tetapi khidmat nasihat secara sukarela oleh Pensyarah UiTM dalam bidang pengajian yang sesuai bukan sahaja yang terdapat di UiTM, tetapi yang ditawarkan oleh universiti lain di Malaysia,” katanya.

Menurutnya, karnival yang diadakan selama 3 hari bertempat di pekarangan Blok D UiTM Machang turut memberi pendedahan kepada lepasan SPM dan STPM ini kelayakan dalam bidang yang sesuai dengan keputusan masing-masing.

Rombongan belia seramai 40 orang ini dilepaskan oleh Mohd Rosdi yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tumpat di depan Sekolah Kebangsaan Kubang Batang, turut diiringi Naib Pengerusi BBKM, Mohd Hadri Mat Husin.

Turut mengiringi rombongan ini, Muhammad Arif, Setiausaha BBKM, Mohd Hakimi, Naib Pengerusi BBKM, Mohd Khairul dan Ketua Unit Urusetia BBKM, Siti NurHidayana Rosli.

TERBUKA UNTUK PENGGUNAAN SEMUA Fw: Sistem Semakan Kelayakan ke IPT / UiTM

Untuk makluman semua, SISTEM SEMAKAN KELAYAKAN KE IPT / UiTM boleh digunakan oleh semua kakitangan dan sesiapa sahaja yang ingin memohon ke Universiti melalui mana-mana talian internet. 
 
Disini saya menerangkan lebih terpericni tentang cara penggunaan sistem semakan kelayakan ini.

Sistem Semakan Kelayakan ini adalah sama dengan Sistem Semakan Kelayakan yang digunakan di Kaunter Pendaftaran "EKSPO SELANGKAH KE UiTM KELANTAN" baru-baru ini di Kompleks Akademik D UiTM Kelantan Machang pada 16hb-18hb Mac 2010. 

Objektif utama "EKSPO SELANGKAH KE UiTM KELANTAN" adalah untuk memberi khidmat nasihat secara percuma kepada pelajar-pelajar lepasan SPM dan STPM supaya maklumat yang tepat dapat disampaikan didalam proses pemilihan.  Sistem Semakan Kelayakan ini adalah untuk filter program-program yang layak dipohon dan tidak layak supaya pemohon tidak merugikan pilihan-pilihan yang telah diberi.

Tuan/puan boleh melayari laman web sistem semakan kelayakan ini melalui pautan berikut: http://www.selangkah.uitm.edu.my

Maklumat penggunaan Sistem Semakan Kelayakan Selangkah ini adalah seperti berikut:

1) Layari laman web http://www.selangkah.uitm.edu.my

2) Pilih Status Lepasan anda

  a)  Lepasan SPM (hanya untuk filter program diploma di UiTM sahaja)
  b)  Lepasan SPM IPT lain (untuk filter prgram diploma di IPT lain)
  c)  Lepasan STPM (untuk filter program Ijazah Sarjana Muda)


3) Masukkan Maklumat peperiksaan SPM/STPM


4) Print keputusan semakan kelayakan.  Pelajar dinasihatkan hanya memilih program-program yang layak sahaja semasa membuat permohonan di UPU.  Ini kerana bagi mengelakkan kerugiaan dan jangan membuat pilihan yang sama untuk kelapan-lapan.

DESTINI ANAK DESA : SYARAT-SYARAT KEMASUKAN

Kepada pelajar-pelajar lepasan SPM yang ingin melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) tetapi hanya mendapat 4 kredit sahaja masih lagi berpeluang dengan memenuhi beberapa syarat-syarat berikut.

Syarat-syarat untuk Program Destini Anak Desa ini ialah:

1)Pra Perdagangan - PD003

4 subjek mesti kredit.

Kredit - Bahasa Melayu (Wajib bagi kemasukan ke UiTM)
Lulus - Bahasa Inggeris & Matematik
Kredit - 3 subjek lain (teras atau elektif)

Pelajar yang lulus program Pra Perdagangan akan diserapkan untuk mengikuti salah satu program diploma di fakulti berikut:

Perakaunan, Pengurusan Perniagaan, Sains Pentadbiran dan Polisi, Pengurusan Hotel dan Pelancongan, Pengurusan Maklumat, Pengursan dan Teknologi Pejabat, Seni Lukis dan Seni Reka, Komunikasi dan Pengajian, Sains Sukan dan Rekreasi

2)Pra Sains - PD008

4 subjek mesti kredit.

Kredit - Bahasa Melayu (Wajib bagi kemasukan ke UiTM)
Kredit - Matematik (Wajib bagi Pra Sains)
Lulus - Bahasa Inggeris
Kredit - 2 subjek lain (teras atau elektif)

Jom Masuk U! Lebih 10,000 pengunjung kurang separuh hari!

Penat btol di KARNIVAL PENGAJIAN TINGGI Jom Masuk U di KTC....




Jom Masuk U! Lebih 10,000 pengunjung kurang separuh hari!

atoqa
2010.03.14
Babbling Baby Investor Improvement Me


Malam ni agak penat. Rancangnya mahu tido awal, tapi bila dah mula buka emel dan godek-godek internet ni, mata mula hilang mengantuk.







Pagi tadi bawa adik aku pergi “Jom Masuk U” di Kelantan Trade Center (KTC), kemudian pergi jumpa kenalan dari Ireland yang sambung master di USM Kubang Kerian..borak-borak dengan dia di Ani Sup Utara Kubang Kerian kemudian ke Mydin Hypermart sekejap untuk beli barang-barang rumah. Kemudian pergi ke KTC lagi, jumpa bekas pensyarah aku di Universiti Teknologi MARA (UiTM), En Haron.



Balik rumah kemudian jumpa dengan bapa kepada enam orang pelajar dari Thailand yang akan menginap di rumah aku nanti. Mereka akan duduk di Kota Bharu untuk dua bulan bagi kursus Bahasa Inggeris di sini. Dari percakapan mereka, aku tahu mereka ni macam bapa-bapa yang bagus dan mahu anak-anak mereka tinggal dengan Muslim juga. Kemudian jumpa pula empat orang lelaki iaitu dua orang dari China dan selebihnya lelaki tempatan..semuanya pelancong-pelancong asing, pelajar asing yang belajar di sini. Patutla aku sibuk sikit, rupanya sekarang dah cuti sekolah!



Makin sesaklah Kota Bharu dalam minggu ni, sebabnya..aku dimaklumkan hotel-hotel di Kota Bharu dah penuh! Penuh la..kerana ada beberapa event besar dua tiga hari ni di tambah pula dengan cuti sekolah. Patutlah tadi, punyalah ramai orang di Karnival Jom Masuk U! Penolong pendaftar UiTM Machang maklumkan, karnival itu menerima lebih 10,000 pengunjung dalam masa separuh hari sahaja! Pergh! Beliau kata, di tempat lain untuk dapat 10,000 pengunjung perlukan masa 2 hari tapi kat sini cuma separuh hari.



Aku bayangkan, tahun depan Jom Masuk U kena buat di stadium pulak. Tahun sebelum ni, Jom Masuk U di buat di Dewan Profesional di UiTM Machang, tapi sebab padat maka tahun ni dipindahkan ke Kelantan Trade Center. Pun masih tak mampu menampung jumlah pengunjung yang ramai. So, tahun depan kena buat di stadium lah! Tambah ramai-ramai sukarelawan dan besarkan saiz setiap booth.



PS: Sesiapa yang berminat ke UiTM, boleh ke Karnival Selangkah ke UiTM di UiTM Kampus Machang pada 16-18 Mac ini, bertempat di Kompleks Akademik D. Pada masa yang sama, kepada pelajar lepasan universiti yang berminat dengan perniagaan macam program mentor, boleh ke Karnival Tunas Mekar di tempat yang sama pada tarikh yang sama.



Baguskah UiTM?



Aku produk UiTM, produk Diploma Perakaunan dan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan UiTM. Semua kandungan blog ini, perniagaan ini, pelaburan ini…itu dan ini..hatta belajar Joomla dan Wordpress, Forex, malah communication skill pun semuanya dari UiTM. Pandai-pandailah kamu dekati pensyarah-pensyarah kamu, supaya mereka sudi ajar sesuatu di luar bidang. Mereka juga mahu seseorang untuk sharing ilmu yang mereka ada. Our lecturers are more than willing to teach you. Betapa aku bertuah jadi produk UiTM.

Selangkah ke UITM di Jeli.

Selangkah Ke UiTM Pada 19 dan 20 Mac ini.

Macam tidak percaya Haji Zahari [HEP] masuk web. Promotin baik punya...hehe.. Semoga semua nya berjalan dengan lancar amee......n
Sumber: http://www.umnojeli.net/eBuletin/tabid/72/EntryID/1898/Default.aspx

Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli

Posted by: umnojeli_admin 04 Mac 2010







Selangkah ke UITM pada 19 dan 20 Mac ini.



BUKIT NANGKA, 4 MAC 2010 - Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 dan 2009 berpeluang melangkah ke universiti apabila Universiti Teknologi MARA (UiTM ) dengan kerjasama UMNO Bahagian Jeli akan menjayakan program Selangkah Ke UiTM pada 19 dan 20 Mac ini.



Kordinator Pusat Pembangunan Komuniti dan Usahawan (PPKU) Kampus Cawangan Machang, Zahari Yusof berkata, objektif utama program yang dirangka bertujuan memberi maklumat jelas berkaitan peluang-peluang kemasukan dan kelebihan yang ada di UiTM.



Menurutnya, menerusi program ini maklumat dapat disalurkan dengan lebih baik kepada pelajar-pelajar sekolah menengah di parlimen ini.



"Program ini diharapkan dapat menjana kemasukan lebih ramai pelajar-pelajar lepasan SPM dari sekolah-sekolah menengah parlimen Jeli seterusnya membantu merealisasikan sasaran 200,000 pelajar UiTM menjelang 2015.



"Pada tahun kita pihak kami mensasarkan 500 pelajar lepasan SPM dapat didaftarkan dan hasil maklumat program dijayakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ayer Lanas sebelum ini menunjukkan seramai 110 pelajar parlimen ini berjaya didaftarkan dan mengikuti pelbagai kursus yang ditawarkan,"katanya.



Kata beliau, harapan UiTM pada kali ini cukup besar untuk kita daftarkan sejumlah yang mungkin pelajar-pelajar lepasan SPM di sini dan program itu nanti akan direncanakan di PPKU dan Kompleks UMNO Bahagian Jeli bermula jam 8.30 pagi hingga 5 petang.



"Lepasan SPM, ibu bapa dan orang ramai dijemput hadir ke program ini kerana kita turut merangka pengisian menarik antaranya sesi kaunseliang bersama pensyarah UiTM, pendaftaran kemasukan secara online dan taklimat kemasukan ke UiTM.



"Di samping itu, cenderahati turut disediakan pada sesi itu nanti dan pelajar-pelajar diingatkan supaya membawa kad pengenalan beserta salinan, slip keputusan SPM 2008 dan 2009 beserta salinan dan sijil-sijil berkaitan,"katanya.