Sumber : http://www.sinarharian.com.my/kelantan/content/story7198389.asp
40 belia sahut Karnival ‘Selangkah ke Universiti’

Pengerusi Persatuan Belia Bestari Kampung Menjual (BBKM), Muhammad Arif Husin berkata, bagi merealisasikan impian mereka, Penaung BBKM, Mohd Rosdi Abd Aziz menyediakan bas disewa khas untuk membawa mereka ke UiTM Machang bagi mengikuti Karnival ‘Selangkah ke UiTM’ yang dianjurkan oleh universiti tersebut.
Menurutnya, BBKM mengambil inisiatif dengan mengumpul belia dan beliawanis di sekitar Kampung Menjual ini untuk membantu mereka yang tidak berkemampuan untuk ke UiTM Machang dengan pengangkutan sendiri.
“Memang banyak manfaatnya dengan mengikuti karnival ini kerana mereka bukan sahaja diberi tunjuk ajar bagaimana untuk mengisi Borang UPU secara online, tetapi khidmat nasihat secara sukarela oleh Pensyarah UiTM dalam bidang pengajian yang sesuai bukan sahaja yang terdapat di UiTM, tetapi yang ditawarkan oleh universiti lain di Malaysia,” katanya.
Menurutnya, karnival yang diadakan selama 3 hari bertempat di pekarangan Blok D UiTM Machang turut memberi pendedahan kepada lepasan SPM dan STPM ini kelayakan dalam bidang yang sesuai dengan keputusan masing-masing.
Rombongan belia seramai 40 orang ini dilepaskan oleh Mohd Rosdi yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tumpat di depan Sekolah Kebangsaan Kubang Batang, turut diiringi Naib Pengerusi BBKM, Mohd Hadri Mat Husin.
Turut mengiringi rombongan ini, Muhammad Arif, Setiausaha BBKM, Mohd Hakimi, Naib Pengerusi BBKM, Mohd Khairul dan Ketua Unit Urusetia BBKM, Siti NurHidayana Rosli.
Related Post
ekspo selangkah ke UiTM
No comments: