Tahun baru diraikan dengan VC baru sebagai hadiah kepada seluruh warga UiTM. Kembalinya beliau kedalam UiTM dengan penuh pengharapan supaya dapat diteruskan perjuangan yang semakin mantap. Petikan dibawah diambil dari Blog Pelajar UiTM.
Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar , Naib Canselor UiTM terbaru
PUTRAJAYA: Pengarah Pejabat Pengurusan Program, Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Profesor Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar telah dilantik sebagai naib canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang baru berkuatkuasa hari ini (1 Januari 2010).Pelantikan beliau adalah untuk tempoh dua tahun. Surat pelantikan beliau telahpun ditandatangani oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Prof Dr Sahol akan mengantikan Tan Sri Profesor Dr Ibrahim Abu Shah yang telah berkhidmat sebagai naib canselor sejak 1 Januari 2001.

Pelantikan Prof Dr Sahol juga boleh diibaratkan sebagai sirih pulang ke gagang memandangkan beliau telah berkhidmat lebih 30 tahun di universiti itu dalam pelbagai kapasiti antaranya ketua Jabatan Kejuruteraan Awam, Dekan dan Ketua Kampus UiTM Pulau Pinang.
Jawatan terakhir beliau di UiTM ialah sebagai timbalan naib canselor (akademik) sebelum dipinjamkan ke Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia pada tahun 2008.
Malah Prof Dr Sahol merupakan anak kelahiran UiTM sendiri. Beliau adalah graduan kejuruteraan awam UiTM, menyertai universiti itu pada tahun 1971 sehinggalah tamat pengajian diploma lanjutan kejuruteraan awam pada tahun 1976.
Beliau terus kekal di UiTM sebagai tenaga pengajar di Sekolah/Fakulti Kejuruteraan.
Pada tahun 1980, Prof Dr Sahol berjaya memperolehi dua ijazah sarjana sains serentak - satu dalam bidang kejuruteraan awam dan satu lagi dalam bidang ekonomi daripada Colorado State University, Amerika Syarikat.
Dan pada tahun 1992, beliau memperolehi ijazah sarjana kedoktoran dalam kejuruteraan awam daripada University of Sussex, United Kingdom.
Dengan kelayakannya itu, beliau telah diterima sebagai seorang jurutera profesional oleh Lembaga Jurutera Malaysia.
Beliau juga diterima sebagai Fellow di Institution of Engineers, Malaysia (1999) dan Fellow di Academy of Science, Malaysia (2003).
- MStar ( Sumber : http://bloggeruitm.blogspot.com/2009/12/prof-dr-sahol-hamid-abu-bakar-naib.html )
Tahniah dan Penghargaan diucapkan kepada Tan Sri Dato’ Sri Prof Dr Ibrahim Abu Shah
diatas jasa beliau dan revolusi terhadap ITM kepada UiTM.
Related Post
UMUM
- TIADA LAGI PRA-PENDAFTARAN BAGI PELAJAR UiTM - Pasti mereka merindui saat pra-pendaftaran
- IKLAN JAWATAN KOSONG DI UiTM KELANTAN Machang 2010
- FESTIVAL KOLEJ KE-6 2010 (FESKO) UiTM Kelantan
- JOM MASUK U 2010 - KARNIVAL KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI NEGARA [KPTN]
- The Making Of LAWATAN Datuk Profesor Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar
- LAWATAN Datuk Profesor Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar
- BENGKEL SEMAK SEMULA DAN PEMURNIAN PROSEDUR PENGURUSAN DAN PROSEDUR OPERASI KUALITI UiTM KELANTAN 2010.
- Jom ke Kompleks Akademik D UiTM Kelantan
- JAWATAN KOSONG UiITM KELANTAN [TERKINI Tarikh Tutup 21 Januari 2010 - KHAMIS]
- Posting Lama Yang Tertangguh - SALAM AIDILFITRI 2009
RAKAN HEA UITM KELANTAN
- Wajah-Wajah Penerima Baucer Buku 1 Malaysia | UiTM Kelantan
- Ramai-Ramai Sertai Group Rakan HEA | UiTM Kelantan
- Terima Kasih Kepada Semua Yang Terlibat | Majlis Penyerahan Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M) UiTM Kelantan
- FB RAKAN HEA UiTM KELANTAN BB 1M
- Jom Masuk U! Lebih 10,000 pengunjung kurang separuh hari!
- TIADA LAGI PRA-PENDAFTARAN BAGI PELAJAR UiTM - Pasti mereka merindui saat pra-pendaftaran
- The Making Of LAWATAN Datuk Profesor Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar
- PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO [RAKAN HEA UiTM KELANTAN] - Hadiah Menarik Menanti Anda
UiTM
- Selamat Menduduki Peperiksaan Untuk Semua Pelajar Ijazah UiTM
- AWAS!!! PROSES VALIDASI KURSUS PELAJAR UiTM KELANTAN
- SENARAI KOLEJ - KOLEJ BERSEKUTU UITM
- Quit Smoking Programme + UiTM
- LAPORAN SINAR HARIAN : 40 belia sahut Karnival ‘Selangkah ke Universiti’
- Jom Masuk U! Lebih 10,000 pengunjung kurang separuh hari!
- PRA-DIPLOMA UiTM KINI PERCUMA.....lepasan SPM perlu segera sebelum tutup tarikh permohonan
- TIADA LAGI PRA-PENDAFTARAN BAGI PELAJAR UiTM - Pasti mereka merindui saat pra-pendaftaran
- IKLAN JAWATAN KOSONG DI UiTM KELANTAN Machang 2010
- Lawatan Rasmi Dato'VC [Y.Bhg. Dato' Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar] Ke UiTM Kelantan pada 31hb Jan 2010

No comments: