LAPORAN EKSPO SELANGKAH KE UiTM 2009

13 – 14 MAC 2009 – Ekspo Selangkah ke UiTM 2009 telah diadakan dengan jayanya di KBMall, Kota Bharu. Program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari masyarakat umum, khususnya para pelajar lepasan SPM & STPM 2008 dan juga ibubapa.

Buat julung kalinya juga, Bahagian Pengambilan Pelajar UiTM Shah Alam dengan kerjasama Pusat Sumber Maklumat Bersepadu telah memperkenalkan sistem `e-selangkah'. Sistem ini amat membantu para calon untuk membuat pemilihan yang tepat berkenaan pengajian yang ditawarkan di UiTM. Ia berfungsi dengan menyenaraikan pilihan-pilihan yang layak dipohon oleh calon mengikut kelayakan dengan memasukkan data mengenai keputusan peperiksaan SPM atau STPM calon. Dengan itu, calon-calon tidak lagi membuat kesilapan semasa mengisi borang UPU dengan membuat pilihan yang tidak mencapai tahap kelayakan mereka.

Berdasarkan sambutan yang amat menggalakkan di KB Mall, pihak UiTM Kelantan turut membuat program susulan Ekspo Selangkah ke UiTM 2009 ke tiga tempat pedalaman di Kelantan iaitu Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang. Usaha ini diteruskan lagi bagi memberi peluang kepada masyarakat yang tinggal di kawasan-kawasan pedalaman dan tidak berpeluang hadir semasa ekspo ini berlangsung di KB Mall, Kota Bharu. Walaupun masa promosi bagi ketiga-tiga kawasan ini amat singkat, Ekspo ini Berjaya mencapai sasaran yang telah ditetapkan.

Related Post

LAPORAN EKSPO SELANGKAH KE UiTM 2009 saljuhumairah Rating: 5 Sunday, April 26, 2009

No comments: