PEROGRAM KECEMERLANGAN DAN PEMANTAPAN PENGURUSAN KEPADA PENSYARAH BARU UiTM KELANTAN, SESI DISEMBER 2008 – MEI 2009

PEROGRAM KECEMERLANGAN DAN PEMANTAPAN PENGURUSAN KEPADA PENSYARAH BARU UiTM KELANTAN, SESI DISEMBER 2008 – MEI 2009


Pada 18 Februari 2009 telah diadakan program kecemerlangan dan pemantapan pengurusan kepada pensyarah baru Program tersebut bermula pada pukul 9.00 pagi bertempat di bilik AV (A) UiTM Kelantan. Jumlah penyertaan adalah seramai 48 orang pensyarah baru yang diadakan selama 2 hari berturut-turut. Program ini merupakan satu sesi pengenalan terancang kepada pensyarah-pensyarah baru samada berstatus tetap, kontrak dan sambilan mengenai kecemerlangan dan kecekapan proses kerja dalam organisasi di UiTM Kelantan khususnya dan UiTM keseluruhannya.



Matlamat program in adalah untuk memberikan pendedahan awal kepada pensyarah baru untuk mengenali organisasi mereka secepat mungkin bagi membolehkan mereka menjalankan tugas dengan cekap dan berkesan. Selain daripada itu, ia juga menjadi satu sessi pengenalan di kalangan pensyarah baru itu sendiri dan pensyarah-pensyarah senior di dalam organisasi ini.

Timbalan Pengarah Kampus UiTM Kelantan, Prof Madya Haji Zulkarnain Bin Yusoff turut hadir bagi merasmikan program tersebut dan meyampaikan amanat penting kepada pensyarah-pensyarah baru selain berkongsi pengalaman. Diantara tajuk-tajuk yang dibincangkan selama tempoh 2hari tersebut adalah seperti

  • Integriti Dalam Pekerjaa (Ustaz Nor Awang Hamad)
  • Effective Teaching and Bloom Taxanomy dalam proses pengajaran dan Pembelajaran” (Pn. Wan Aida Hassan)

  • Penampilan Diri Seorang Pensyarah: Hormati Yang Tua, Sayangi yang Muda (Mohd Yusof Ramli)

  • “Quality dan ISO” (Md SAbri Mohamad)

  • Teaching Portfolio (Faridah Yahya)

  • Pengurusan peperiksaan dan Penilaian Pelajar (Pn. Saripah Abdul Latif)

Related Post

PEROGRAM KECEMERLANGAN DAN PEMANTAPAN PENGURUSAN KEPADA PENSYARAH BARU UiTM KELANTAN, SESI DISEMBER 2008 – MEI 2009 saljuhumairah Rating: 5 Saturday, April 18, 2009

No comments: