[MAKLUMAN PENTING]
KEPADA BAKAL GRADUAN
ISTIADAT KONVOKESYEN KE 72 / MEI 2010
Assalamualaikum wrt. wbt. Dan Selamat Sejahtera
Bermula pada Istiadat Konvokesyen yang Ke 72 pada bulan Mei 2010, PROSES SEMAKAN DAN PENGESAHAN MAKLUMAT PERIBADI GRADUAN akan dibuat melalui web http://konvokesyen.uitm.edu.my
Proses dibuka pada : 22 Januari 2010 (Jumaat)
Proses ditutup pada : 1 Mac 2010 (Isnin)
Semua bakal graduan Istiadat Konvokesyen ke 72 DIMESTIKAN untuk membuat semakan dan pengesahan maklumat peribadi graduan dalam tempoh yang telah ditetapkan dengan melayari menu Pengesahan Maklumat Graduan disebelah kiri web tersebut. Sila ikut dan patuhi arahan yang dipaparkan pada menu Pengesahan Maklumat Graduan.
Graduan diminta memastikan ejaan nama dan nombor yang dipaparkan adalah sama seperti yang tercatat pada Kad Pengenalan masing-masing. Ini adalah kerana ejaan dan nombor yang sama akan dicetak pada skrol dan transkrip akademik setiap graduan.
Para pelajar/graduan hanya perlu melayari http://konvokesyen.uitm.edu.my sahaja untuk membuat semakan.
Sekian terima kasih
Urusetia Istiadat Konvokesyen
Universiti Teknologi MARA
[MAKLUMAN PENTING]
Related Post
GRADUAN
KONVOKESYEN
MAKLUMAN
- FESTIVAL KOLEJ KE-6 2010 (FESKO) UiTM Kelantan
- The Making Of LAWATAN Datuk Profesor Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar
- PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO [RAKAN HEA UiTM KELANTAN] - Hadiah Menarik Menanti Anda
- Jom ke Kompleks Akademik D UiTM Kelantan
- JAWATAN KOSONG UiITM KELANTAN [TERKINI Tarikh Tutup 21 Januari 2010 - KHAMIS]
- PEPERIKSAAN AKHIR OKTOBER - NOVEMBER 2009
No comments: