Majlis Penyerahan Baucer Buku 1 Malaysia | UiTM Kelantan


UiTM Cawangan Kelantan akan mengadakan Majlis Penyerahan Baucer Buku 1 Malaysia dan Pesta Buku di Kompleks Akademik D bermula pukul 2.00 petang. Yang akan dirasmikan oleh  Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri Malaysia

1. Pelajar hadir dan berkumpul di Kompleks Akademik D mulai jam 2.00pm 15 Januari utk menyertai majlis perasmian.

2. Sebaik tamat, pelajar akan menyertai sesi bergambar beramai2 di laman tengah, Kompleks Akademik D.

3. Majlis perasmian selesai.

4. 16 Kaunter agihan BB1M akan dibuka di kelas D101 - D210. Sila pastikan anda mengenalpasti no kaunter berdasarkan program. (akan dipaparkan di dalam senarai Angka Giliran BB1M).

5. PASTIKAN anda menyemak Angka Giliran BB1M di facebook : Rakan HEA UiTM Kelantan atau papan notis. (Tolong semak untuk kawan2 rapat anda, terima kasih). Sekiranya nama anda tidak tersenarai, sila berhubung dengan Pejabat Bendahari mulai 16 Januari 2012.

6. Dapatkan borang akuan penerimaan BB1M berwarna PINK dan lengkapkan semua maklumat.

7. Tuju ke kelas yang ditetapkan.

8. Dapatkan COP PENGESAHAN di kaunter semakan.

9. Dapatkan 4 keping BB1M bernilai RM50 (x 4 = RM200). Catat no siri di borang akuan penerimaan BB1M.

10. Serah borang akuan penerimaan BB1M pada petugas.

11. Selesai.

Nota : BB1M boleh digunakan untuk membeli buku di Pesta Buku. Pesta Buku akan bersambung di Perpustakaan Anis pada 16 - 19 Januari 2012.
BB1M tidak boleh ditukar kepada tunai. Sekiranya anda membeli buku/alatulis berjumlah RM44.00, RM6 tidak akan dipulangkan. Sekiranya anda membeli barangan bernilai RM52.75, gunakan 1 Baucar + RM2.75 tunai.

Sebarang masalah berkaitan BB1M boleh dirujuk kepada Pejabat Bendahari mulai 16 Januari 2012. Bahagian HEA tidak terlibat.

by : En Imran Mohamed AR HEA

Related Post

Majlis Penyerahan Baucer Buku 1 Malaysia | UiTM Kelantan saljuhumairah Rating: 5 Friday, January 13, 2012

No comments: