UPDATED 1/FEB/2010 ..MAKLUMAT TERKINI UNTUK SEMUA PELAJAR SEMESTER AKHIR DIPLOMA UiTM

PENTING! MAKUMAT TERKINI UNTU BAKAL GRADUAN UiTM BAGI ISTIADAT KONVOKESYEN KE 72/ MEI 2010

[MAKLUMAN PENTING]

KEPADA BAKAL GRADUAN
ISTIADAT KONVOKESYEN KE 72 / MEI 2010

Assalamualaikum wrt. wbt. Dan Selamat Sejahtera

Bermula pada Istiadat Konvokesyen yang Ke 72 pada bulan Mei 2010, PROSES SEMAKAN DAN PENGESAHAN MAKLUMAT PERIBADI GRADUAN akan dibuat melalui web http://konvokesyen.uitm.edu.my

Proses dibuka pada : 22 Januari 2010 (Jumaat)
Proses ditutup pada : 1 Mac 2010 (Isnin)

Semua bakal graduan Istiadat Konvokesyen ke 72 DIMESTIKAN untuk membuat semakan dan pengesahan maklumat peribadi graduan dalam tempoh yang telah ditetapkan dengan melayari menu Pengesahan Maklumat Graduan disebelah kiri web tersebut. Sila ikut dan patuhi arahan yang dipaparkan pada menu Pengesahan Maklumat Graduan.

Graduan diminta memastikan ejaan nama dan nombor yang dipaparkan adalah sama seperti yang tercatat pada Kad Pengenalan masing-masing. Ini adalah kerana ejaan dan nombor yang sama akan dicetak pada skrol dan transkrip akademik setiap graduan.

Para pelajar/graduan hanya perlu melayari  http://konvokesyen.uitm.edu.my sahaja untuk membuat semakan.

Sekian terima kasih

Urusetia Istiadat Konvokesyen
Universiti Teknologi MARA


 [MAKLUMAN PENTING]

The Making Of LAWATAN Datuk Profesor Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar

Kompleks Akademik D, UiTM Kelantan - Bermula pukul 8:30 pagi tadi (Sabtu, 30 Januari 2010) beberapa kakitangan UiTM Kelantan bertungkus-lumus membuat persediaan rapi bagi menyambut kedatangan VC UiTM baru iaitu Datuk Profesor Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar.  Persiapan di bilik Auditorium 300 (AU-300) dan Auditorium 200 (AU-200) berlanjutan sehingga pukul 5:00petang. Diantara kakitangan yang bekerja keras adalah En.Pudin, En. Hasmizi, En. Fatah, En. Hasfarizal, En. Maarof, En. Fendi, En. Zahrol, En. Kimi, dan beberapa kakitangan lagi. Maaf sekiranya tidak disebut disini. 

Mereka bertanggungjawab memastikan lintas-langsung amanat VC UiTM di AU-200 berjaya disiarkan secara langsung dari AU-300.  Proses persiapan teknikal ini memerlukan kemahiran yang tinggi bagi memastikan kesilapan teknikal semasa amanat yang disampaikan esok dapat diminimumkan.  Berikut beberapa gambar yang sempat di rakam.

 
tengah pasang cable internet kot?

 
proses pematrian

 
Rack untuk P.A. sistem, siap dengan DVD player. port USB, Cordless Mic dan macam-macam lagi yang canggih.

 
Tuan Zahrol pening memikirkan apa pun tak pasti.

 
Harap-harap esok program dapat berjalan dengan lancar

 
 Terlalu banyak cable yang digunakan sehingga ada yang perlu disambung bagi memastikan AU-300 dan AU-200 dapat berhubung

 
Esok, disinilah buat pertama kali VC UiTM baru akan member amanat.

LAWATAN Datuk Profesor Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar


UiTM Kampus Kelantan, Machang - Pagi tadi, satu taklimat khas disampaikan oleh Pengarah Kampus UiTM Kelantan, Machang mengenai lawatan dan amanat kampus cawangan UiTM oleh Naib Canselor UiTM yang baru iaitu Datuk Profesor Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar telah menggemparkan seluruh warga UiTM Kampus Kelantan. 

Menurut pengarah kampus, UiTM Kelantan Merupakan cawang pertama yang bakal beliau lawati pada 31 Januari 2010 (Ahad).  Beliau melahirkan rasa bangga dan bersyukur diatas perancangan lawatan yang dijalankan oleh Datuk Profesor Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar ke UiTM Kelantan dan beliau bersungguh-sungguh menyeru kepada seluruh warga kakitangan supaya dapat bersama-sama memberi sokongan dan ucapan tahniah pada hari lawatan VC baru UiTM tersebut.

Beliau turut menyatakan bahawa kunjung VC ke Kampus UiTM Kelantan merupakan satu penghormatan yang patut disyukuri oleh seluruh warga kampus UiTM Kelantan dan berbangga dengan penghormatan yang diberikan.

Berikut merupakan aturcara program yang telah dirancang bagi menyambut kedatangan VC baru tersebut:


Dimaklumkan bahawa Dato Naib  Canselor UiTM akan mengadakan lawatan rasmi ke UiTM Kelantan pada :

TARIKH : 31 JANUARI 2010 [AHAD ]

ATURCARA

MASA                             ACARA
                                                       
8.30 PAGI                          -  TIBA DI UiTM KELANTAN MACHANG
                                            -   MENANDATANGANI BUKU LAWATAN RASMI DI BILIK DATO' PENGARAH  KAMPUS
                                            -   BERGERAK KE BLOK AKADEMIK  D

8.45 PAGI                       -   SAMBUTAN OLEH STAF DIBLOK AKADEMIK D
                                          -    MASUK DEWAN D300[AU]
                                          -     NEGARAKU
                                           -    WAWASAN  SETIA  STAF
                                          -    DOA

9.15 PAGI                       -   IKRAR DIBACA , DIKETUA OLEH DATO' PENGARAH KAMPUS
                                               DENGAN DIIKUTI OLEH SEMUA STAF
                                           - TAKLIMAT DIMULAKAN OLEH  DATO 'PENGARAH KAMPUS

10.30 PAGI                     - UCAPAN DAN AMANAT DATO ' NAIB CANSELOR UiTM

12.30 TGHARI              -PENYERAHAN   "SIMBOLIK " DAN PENYAMPAIAN CENDERAHATI
                                            OLEH DATO 'PENGARAH KAMPUS KEPADA DATO'NAIB CANSELOR UiTM.

                                          MAKAN TENGAHARI
                                         [SEMUA STAF ADALAH DIJEMPUT BERSAMA DENGAN DATO NAIB CANSELOR
                                           MENJAMU SELERA ]

                                         - BERSURAI /TAMAT LAWATAN RASMI  KE UiTM ,KELANTAN KAMPUS MACHANG.

POHON KEHADIRAN TUAN/PUAN KEMAJLIS RASMI INI TANPA KEUDZURAN/ALASAN MELAINKAN MEREKA YANG TERLIBAT DENGAN LAWATAN MQA,


" PERBAIKI  REPUTASI, PERTINGKAT PRESTASI, PERKUKUH INTEGRITI "

Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar , Naib Canselor UiTM terbaru

Tahun baru diraikan dengan VC baru sebagai hadiah kepada seluruh warga UiTM.  Kembalinya beliau kedalam UiTM dengan penuh pengharapan supaya dapat diteruskan perjuangan yang semakin mantap.  Petikan dibawah diambil dari Blog Pelajar UiTM.

Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar , Naib Canselor UiTM terbaru

PUTRAJAYA: Pengarah Pejabat Pengurusan Program, Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Profesor Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar telah dilantik sebagai naib canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang baru berkuatkuasa hari ini (1 Januari 2010).

Pelantikan beliau adalah untuk tempoh dua tahun. Surat pelantikan beliau telahpun ditandatangani oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Prof Dr Sahol akan mengantikan Tan Sri Profesor Dr Ibrahim Abu Shah yang telah berkhidmat sebagai naib canselor sejak 1 Januari 2001.

Pelantikan Prof Dr Sahol juga boleh diibaratkan sebagai sirih pulang ke gagang memandangkan beliau telah berkhidmat lebih 30 tahun di universiti itu dalam pelbagai kapasiti antaranya ketua Jabatan Kejuruteraan Awam, Dekan dan Ketua Kampus UiTM Pulau Pinang.

Jawatan terakhir beliau di UiTM ialah sebagai timbalan naib canselor (akademik) sebelum dipinjamkan ke Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia pada tahun 2008.

Malah Prof Dr Sahol merupakan anak kelahiran UiTM sendiri. Beliau adalah graduan kejuruteraan awam UiTM, menyertai universiti itu pada tahun 1971 sehinggalah tamat pengajian diploma lanjutan kejuruteraan awam pada tahun 1976.

Beliau terus kekal di UiTM sebagai tenaga pengajar di Sekolah/Fakulti Kejuruteraan.

Pada tahun 1980, Prof Dr Sahol berjaya memperolehi dua ijazah sarjana sains serentak - satu dalam bidang kejuruteraan awam dan satu lagi dalam bidang ekonomi daripada Colorado State University, Amerika Syarikat.

Dan pada tahun 1992, beliau memperolehi ijazah sarjana kedoktoran dalam kejuruteraan awam daripada University of Sussex, United Kingdom.

Dengan kelayakannya itu, beliau telah diterima sebagai seorang jurutera profesional oleh Lembaga Jurutera Malaysia.

Beliau juga diterima sebagai Fellow di Institution of Engineers, Malaysia (1999) dan Fellow di Academy of Science, Malaysia (2003).

- MStar ( Sumber : http://bloggeruitm.blogspot.com/2009/12/prof-dr-sahol-hamid-abu-bakar-naib.html )


Tahniah dan Penghargaan diucapkan kepada Tan Sri Dato’ Sri Prof Dr Ibrahim Abu Shah 
diatas jasa beliau dan revolusi terhadap ITM kepada UiTM.

PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO [RAKAN HEA UiTM KELANTAN] - Hadiah Menarik Menanti Anda

Makluman terkini untuk semua RAKAN HEA UiTM KELANTAN 


 Pihak Pengurusan dan Penasihat RAKAN HEA UiTM KELANTAN mengalu-ngalukan kepada semua ahli untuk menyertai pertandingan mencipta logo RAKAN HEA UiTM KELANTAN. Penyertaan adalah terhad kepada semua ahli yang telah mengisi borang keahlian di Kaunter Pejabat HEA.

Kepada semua ketua kelas UiTM Kelantan yang masih belum mengisi borang keahlian bolehlah berbuat demika., Kerjasama anda amatlah diperlukan bagi melancarkan lagi proses pendaftaran pendaftaran kursus.  Pertandingan ini diwujudkan bagi mencungkil bakat-bakat terpendam dikalangan RAKAN HEA yang mempunyai daya pemikiran yang kreatif.

Logo yang terpilih bakal mendapat hadiah MISTERI dari pihak pentadbiran HEA UiTM Kelantan serta logo tersebut bakal menjadi logo rasmi organisasi yang baru ditubuhkan bagi sesi Disember 2009 - April 2010. 

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN:
  • Karya yang dihasilkan mestilah asli
  • Hanya Rakan HEA yang telah mengisi borang sahaj layak untuk menyertai pertandigan
  • Konsep rekaan haruslah bertemakan Akademik & Teknologi mengikut kreativiti sendiri dan penggunaan warna adalah bebas
  • Karya akan dinilai mengikut kesesuaian tema dan penggunaan ayat yang menarik
  • Hasil karya haruslah dihantardalam bentuk softcopy dan bercetak di Kaunter HEA UiTM Kelantan
  • Karya yang terpilih bakal dijadikan logo rasmi RAKAN HEA
  • Tarikh tutup penyertaan : 8 FEBRUARI 2010 (Sebelum Pukul 5:00 petang) : Bersamaan dengan tarikh akhir proses validasi pendaftaran kursus.
  • Hadiah MISTERI tajaan HEA UiTM Kelantan akan disampaikan pada perjumpaan ke-2 RAKAN HEA
DAFTAR SEGERA SEBAGAI RAKAN HEA!!!!
SUMBANGAN IDEA ANDA BAKAL MENJADI SEJARAH

"RAKAN HEA PENCETUS REVOLUSI KECEMERLANGAN"

BENGKEL SEMAK SEMULA DAN PEMURNIAN PROSEDUR PENGURUSAN DAN PROSEDUR OPERASI KUALITI UiTM KELANTAN 2010.

Unit Pengurusan Kualiti, Bahagian Penyelidikan & Jaringan Industri mengadakan Bengkel Semak Semula Dan Pemurnian Prosedur Pengurusan dan Prosedur Operasi Kualiti UiTM Kelantan 2010

Tarikh : 21-23 Januari 2010 (Khamis - Sabtu)
Masa : Seperti didalam Tentatif yang dilampirkan
Tempat : Hotel ITM Dungun, Terengganu

Bengkel ini adalah selaras dengan Audit Pengawasan dan Audit Persijilan Semula ISO 9001:2008 yang akan berlangsung pada 14-15 Mac 2010

Jom ke Kompleks Akademik D UiTM Kelantan

Kompleks Akademik D kini sudah beroperasi, walaupun dalam keadaan yang belum 100%. First week bermula dengan acara belajar sambil berdiri!!! Meja ada, tapi kerusi tak sampai lagi. Nasib baik warga siswanya yang prihatin sudi bekerjasama bergotong-royong punggah kerusi meja dari Dewan Profesional ke Kompleks Akademik D.
First program kat Kompleks ni bermula with Solat Hajat session bersama warga Akademik, sebaik sahaja tamat sesi KP & PA bersama mahasiswa baru. After Solat Hajat, Mesyuarat Jawatankuasa Akademik diadakan di Bilik Mesyuarat Perdana Kompleks Akademik D. (Credit to technical team yang memastikan these 2 events berjalan lancar).
Late 2009 (Dec 31st), Auditorium 3 dirasmikan dengan Mesyuarat Akademik, menyaksikan buat pertama kalinya UiTM Kelantan menggunakan Dewan Kuliah setelah 25 tahun penubuhannya.
Kompleks Akademik D mempunyai 22 bilik kuliah (D101-D110, D201-D210, D405-D406), 9 Makmal Komputer, 3 Makmal Bahasa, 3 Auditorium (D100AU, D200AU dan D300AU), 2 buah surau, 1 bilik mesyuarat, dan 110 bilik pensyarah. 2 ruang gunasama turut diwujudkan di D399KL dan D499KL. D499KL buat masa ini berfungsi penuh sebagai bilik kuliah, manakala D399KL kini menjadi ruang bacalewa untuk para mahasiswa. D399KL boleh digunakan untuk berehat sementara menunggu kuliah atau menjadi ruang makan untuk program2 yang diadakan di Auditorium.
Satu technical team telah ditempatkan di Kompleks ini bagi memastikan perjalanan kuliah berjalan lancar. Hopefully, dalam seminggu 2 ini, Kompleks ini akan mendapat perabot sepenuhnya, plus with the permanent LCD in every classroom.
To all students, have a nice and memorable experience here. Good Luck, all the best and JAGA KEBERSIHAN!......

JAWATAN KOSONG UiITM KELANTAN [TERKINI Tarikh Tutup 21 Januari 2010 - KHAMIS]



 Klik sini untuk maklumat lanjut: http://kelantan.uitm.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=169:iklan-jawatan-kosong-tarikh-tutup-21-januari-2010-khamis&catid=37:pengumuman
Iklan Jawatan Kosong (Tarikh Tutup 21 Januari 2010 - KHAMIS)
Wednesday, 13 January 2010 01:23
Iklan Jawatan Kosong (Tarikh Tutup 21 Januari 2010 - KHAMIS).

Iklan Jawatan, sila klik disini.

Borang Pemohonan, silia klik disini.


Memandangkan Kolej terbaru telah siap dibina di UiTM Kelantan Machang Jawatan yang ditawarkan:
1. Penyelia Asrama [N17]

2. Jururawat Masyarakat [U19]
Last Updated on Wednesday, 13 January 2010 01:48



Posting Lama Yang Tertangguh - SALAM AIDILFITRI 2009

Salam,
Dah lama blog Hal Ehwal Akademik UiTM Kelantan Menyepi.  Kad Ucapan Aidilfitri 2009 dari HEA UiTM Kelantan sempena sambutan Hari Raya Puasa 2009 mengabadikan gambar kakitangan-kakitangan pentadbiran di pejabat HEA UiTM Kelantan.  Sengaja saya submit kad ucapan ini sebagai kenang-kenangan semua kakitangan.  InsyaAllah blog ini akan lebih terurus bagi tahun 2010 sebagai revolusi bagi menyampaikan maklumat-maklumat terkini berkaitan Hal Ehwal Akademik UiTM Kelantan.


Selamat Tahun Baru 2010 dan juga Salam Aidilfitri.